Su Yu menulis, "Budak bodoh, saya tahu kamu agak setia dan kamu mungkin rasa bersalah apabila dengar ada sesuatu berlaku pada saya. Jadi, saya beri kamu amaran sekarang. Jangan datang beri keterangan untuk saya dekat balai polis. Saya anak kepada keluarga yang dihormati, saya ada orang dalam keluarga yang boleh keluarkan saya dengan selamat. Saya cuma berehat dekat balai polis untuk beberapa hari. Jadi, jangan jadi bodoh… Kalau tak, bila saya keluar, saya akan kelar kulit kamu hidup-hidup."
Apa yang Su Yu tulis memang gayanya…
Dia sangat sombong dan suka mengugut… dan sangat kuat mengarah.
Namun, Huo Mian lebih tahu berbanding orang lain yang Su Yu hanya risau mengenai pembabitannya dan kerana itu dia memberi amaran supaya Huo Mian tidak datang.
Itu membuatkan Huo Mian lebih tidak selesa…
Dia bukan Mary Sue. Dia tidak akan bersimpati berlebih-lebihan dan cuba menyelamatkan semua orang.