Huo Mian memilih bahan barbeku yang ingin dipesan sambil membalas, "Tak."
"Kamu memang kejam…"
"Saya tak patut jadi tamak. Syurga dah kurniakan saya lelaki terbaik di dunia, kenapa saya perlu alih perhatian saya pada orang lain?"
Kemudian, Huo Mian menyerahkan menu kepada Jiang Xiaowei. "Saya dah pesan sikit. Pesanlah apa yang kamu nak, tapi jangan banyak sangat. Kita tak patut membazir makanan."
Jiang Xiaowei sangat menyukai Huo Mian sebagai seorang kawan…
Apa sahaja yang dilakukan Huo Mian membuatkan Jiang Xiawei berasa selesa…
Kebanyakan gadis pada masa sekarang bergantung kepada rupa mereka untuk bercinta dengan beberapa orang lelaki pada satu masa.
Namun, itu bukanlah sesuatu yang digalakkan, kerana setiap gadis perlu mencintai diri mereka sendiri dahulu sebelum dicintai oleh orang lain…