"Sebaik saja Zhixin tamat belajar, saya nak dia datang dan tolong saya di GK," Qin Chu mengusap rambut Huo Mian yang cantik dan berkata sepatah demi sepatah.
"Jadi, itu yang kamu nak bincangkan…"
"Saya dah beritahu dia, tapi dia takut kalau kamu tak setuju. Jadi, saya nak bincang dengan kamu dulu dan dengar pandangan kamu."
"Baguslah kalau dia boleh tolong kamu. GK syarikat besar dan ini peluang yang bagus untuk dia. Dia juga berpeluang untuk asah bakat, tapi… saya risau."
"Risau pasal apa?" tanya Qin Chu selepas melihat Huo Mian berasa ragu-ragu.
"Saya risau orang lain akan bercakap mengenainya dan cakap dia berjaya sampai ke tempatnya dengan bantuan keluarga. Khabar angin begitu bukan saja melukakan kamu, dia juga akan terluka."