"Beritahu biro supaya selesaikan kes ini diam-diam. Jangan biar hal ini tersebar. Untuk syarikat kita, beritahu perhubungan awam untuk maklumkan pihak media yang Zhao Qingya akan tinggalkan industri hiburan untuk menerima rawatan di luar negara.
"Baiklah." An mengangguk.
Sebaik sahaja Gao Ran, yang berada di biro ketika itu, menerima bungkusan, dia segera membawa pasukannya untuk menahan Zhao Qingya.
Bukti mengenai kes itu sangat kukuh. Malah, mereka juga menerima rakaman perbualan Zhao Qingya dengan orang tengah.
Selain itu, terdapat juga bukti pembantu Zhao Qingya membayar orang tengah dan video dia sedang bercakap dengan orang yang diupah untuk menghapuskan selebriti perempuan tersebut.
Terlalu banyak bukti yang berkait dengannya… Gao Ran tidak tahu siapa yang menghantarnya tetapi dia tahu yang Zhao Qingya akan musnah.
Biro menyelesaikan kes ini dengan senyap hanya kerana dia selebriti naungan Bintang Diraja.