Huo Mian tidak pernah menyebut apa-apa tentang identitinya kepada sesiapa termasuklah Zhixin dan Lingling. Namun, apabila dia berterus terang kepada Qin Chu. Itu menunjukkan Qin Chu sangat penting baginya.
Kemudian, Huo Mian memberitahu Qin Chu segala-galanya.
Selepas mendengar semuanya, Qin Chu terdiam agak lama…
"Kamu pasti jenis darah Huo Zhenghai dan mak kamu betul?"
"Saya pasti. Semuanya ada dalam rekod hospital."
"Jadi, keadaan macam… mereka bukan ibu bapa kandung kamu. Kamu juga bukan anak Pak Cik Jing. Mungkin… mak kamu ada kekasih lain tapi tak pernah beritahu kamu pasal itu?"