Qin Chu lemah melihat lakonan ibunya. Ia mungkin kelihatan betul tetapi… dia segera menangkap kecacatan dalam pergaduhan mereka. Wajah ibu bapanya menjadi kekok apabila perbuatan mereka terdedah…
Qin Yumin memandang ke bawah dan terbatuk, tidak pasti apa yang berada di fikirannya.
Puan Qin memegang tangan anaknya dan berkata, "Jangan risau, ayah kamu tak akan masuk campur dengan apa aja yang kamu lakukan pada masa akan datang. Kamu boleh buat apa saja yang kamu nak walaupun kamu akan buat syarikat kita muflis. Mak ada wang yang cukup dalam akaun Bank Swiss untuk kita guna sepanjang hayat kita. Cuma… jangan bercinta dengan Huo Mian lagi."
"Ayah tak beritahu Mak?"
"Beritahu apa?" Puan Qin terkaku sebentar.
"Saya dan Huo Mian… dah berkahwin. Kami dah dapat sijil perkahwinan tak lama dulu."
"APA?" Jerit Puan Qin.