"Puan Zhou, tak ada gunanya kita buat dakwaan. Peguam defendan merupakan guru dan penasihat saya, kamu faham? Dia merupakan pensyarah saya ketika saya belajar di Amerika Syarikat."
"Apa?!" Puan Zhou terkejut.
"Dennis Wu merupakan peguam yang sangat berkebolehan, kita tak perlu teruskan dakwaan ini. Kita perlu mengaku kalah dan kita hanya membazir masa. Tamabahan pula, kalau defendan mampu mengupah seseorang seperti Dennis Wu, maksudnya dia mempunyai latar belakang yang hebat dan kamu perlu berhati-hati dengannya." Zhang Shaochang cukup baik kerana memberi amaran kepada mereka.