下載應用程式
6.6% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 84: Tipu Helah

章節 84: Tipu Helah

編輯: EndlessFantasy Translation

Huo Mian menganggukkan kepalanya.

Huo Siqian tersenyum. "Tengok. Saya tahu adik saya Mian yang paling boleh diharap. Apabila keadaan mendesak, perangai sebenar seseorang akan terserlah."

"Abang Long, apa yang kamu cuba katakan? Saya bukannya tidak mahu buat, saya cuma tidak berapa sihat…" Huo Yanyan cuba menerangkan.

"Baiklah. Berhenti bergaduh. Semuanya selesai kalau begitu." Huo Zhenghai memandang Huo Mian dengan pandangan yang bercampur baur.

-Selepas jam 9 malam-

Hanya Huo Mian seorang yang tinggal di dalam Dewan Berkabung itu. Beberapa lingkaran bunga diletakkan di bahagian sisi keranda, di mana tempat neneknya dibaringkan.

Dia diberitahu pengebumian akan diadakan esok. Jadi, Huo Mian perlu menunggu semalaman.

Huo Mian merupakan graduan sekolah perubatan dan sudah bekerja agak lama di hospital. Jadi, dia sudah terbiasa berada berhampiran dengan mayat.

Lagi pun, itu merupakan mayat keluarga terdekatnya. Jadi, dia tidak takut langsung.

Huo Yanyan begitu pengecut. Keluarga ini memang tidak boleh diharap.

Huo Mian tunduk sedikit untuk membakar beberapa helai kertas colok. Tiba-tiba, dia terdengar derapan tapak kaki di belakangnya.

"Kamu…terima kasih untuk kerja kamu malam ini."

Suara tua dan bergaya itu merupakan milik Huo Zhenghai.

"Saya lakukan apa yang patut." Huo Mian tidak memalingkan kepalanya dan menjawab dengan nada mendatar.

"Saya dengar kamu tidak makan lagi malam ini. Saya sudah meminta seseorang untuk sediakan makanan ringan lewat malam untuk kamu. Mereka akan tiba sekejap lagi."

"Saya tidak lapar."

"Bagaimana…dengan emak kamu?" Huo Zhenghai bertanya selepas teragak-agak sedikit.

"Terima kasih kepada kamu, dia agak baik." Huo Mian menjawab sengaja.

"Kamu berdua ada baran yang sama dan kedua-duanya begitu keras kepala."

"Kamu sangat lucu, Presiden Huo. Baguslah kami hanya bergantung pada diri sendiri. Lagi pun, tiada orang yang boleh kami harapkan untuk selama-lamanya. Jadi, bergantung pada diri sendiri ialah satu-satunya pilihan."

Kata-kata Huo Mian membuatkan Huo Zhenghai berasa sedikit resah.

"Huo Mian, sebenarnya. Pada masa dahulu…"

"Maafkan saya. Saya tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku antara kamu berdua. Jika tiada apa-apa lagi, sila beredar, Presiden Huo. Bukankah pakar feng shui mengatakan yang hanya seorang sahaja yang boleh menunggu?"

"Pernahkah kamu terfikir...untuk kembali?"

"Saya tidak mahu."

"Kamu tahu apa yang kamu lepaskan jika kamu menolak ajakan saya?"

"Mungkin hak terhadap harta warisan. Saya tidak berminat. Presiden Huo, kamu tidak perlu rasa bersalah. Nenek sudah meninggal sekarang dan saya tidak akan kembali ke rumah ini lagi."

"Kamu…" Huo Zhenghai tidak menyangkakan yang Huo Mian akan menolak untuk kembali kepada Keluarga Huo meskipun selepas dia sendiri yang menjemputnya.

Siqian mengatakan yang dia kini bekerja di hospital dan masih merupakan seorang jururawat pelatih. Hidupnya pasti sukar.

Dengan satu perkataan sahaja, Huo Zhenghai boleh memberikan Huo Mian jawatan pengurusan tinggi di Syarikat Huo di mana gadis itu boleh mendapatkan gaji yang besar tanpa bekerja keras.

Tetapi, Huo Mian tetap menolaknya.

Gadis itu memang degil dan keras kepala seperti emaknya juga.

-Di dalam rumah agam Keluarga Huo-

"Siqian, Mak tengok kamu sangat baik kepada gadis itu. Adakah kamu berdua berbual sesama sendiri secara rahsia?" Jiang Hong bertanya sambil memandang anak lelakinya sambil memegang secawan teh.

"Tidak. Saya mahu berbual dengannya. Tetapi dia nampak macam tidak suka pada saya."

"Mak dapat lihat yang kamu cuba melindunginya. Kamu ada rancangan kah?"

Huo Siqian berjalan di belakang Jiang Hong dan mula mengurut belakang badan emaknya. "Mak, apa yang Mak fikir?"

"Adakah kamu memikirkan untuk membantu dia kembali kepada Keluarga Huo supaya dia menyebelahi kita dan kita mampu mendapatkan lebih banyak saham dalam syarikat keluarga?" Jiang Hong cukup kenal anak lelakinya. Walaupun Huo Siqian bukan anak kandungnya, dia sudah membela pemuda itu semenjak bayi lagi. Dia tahu yang Huo Siqian bukannya seseorang yang akan berada di pihak yang rugi dalam sebarang urusan.

"Itu idea yang bagus tetapi ia tidak akan berjalan lancar. Gadis itu memang tidak mahu kembali. Mungkin saham itu akan berkesan pada orang lain. Tetapi Huo Mian langsung tidak kisahkan hal itu. Lagi pula, walaupun dia hidup macam orang biasa, itu tidak bermakna yang dia tidak gembira dengan hidupnya."

"Betulkah? Mak boleh tanyakan dia. Kalau kamu mahu, Mak boleh tolong kamu."

"Tidak apa, Mak. Mak boleh menikmati persaraan Mak. Biar saya uruskan hal ini. Saya tidak bimbang mengenai dua orang si dungu tu." Huo Siqian tersenyum kecil.

Qin Chu sepatutnya mengambil penerbangan tengah malam dan tiba di bandar itu pada jam 3 pagi. Tetapi, dia merasakan penerbangan itu terlalu lewat. Jadi, selepas dia selesai menandatangani kontrak itu, Qin Chu memandu ke lapangan terbang bandar lain dan memilih penerbangan lain untuk pulang lebih awal. Jam baru menunjukkan pukul 11.50 malam apabila dia keluar dari pesawat.

Sebaik sahaja dia mendarat, dia terus pulang ke rumahnya di Taman Diraja. Qin Chu menyangkakan Huo Mian sudah tidur. Tetapi, rumah itu kosong apabila dia membuka pintu itu. Kemudian, Qin Chu menelefon Huo Mian.

Huo Mian mengangkat panggilan itu dengan senyap. Untuk membiarkan neneknya bersemadi dengan tenang, Huo Mian meletakkan telefonnya dalam mod senyap.

"Hei."

"Kamu tidak ada di rumah?" Qin Chu bertanya.

"Saya di rumah Keluarga Huo." Huo Mian menjawab dengan ringkas.

Qin Chu berkerut sedikit. Dia cukup tahu mengenai hubungan antara Huo Mian dan Keluarga Huo. Bukankah Huo Mian merasakan idea untuk pulang ke rumah mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan?

"Nenek sudah meninggal dunia. Saya di sini untuk menjaga Dewan Berkabung." Huo Mian menerangkan apabila dia tidak mendengar sebarang balasan daripada Qin Chu.

"Salam takziah daripada saya." Qin Chu menenangkannya.

"Terima kasih."

"Adakah kamu seorang diri di sana?" Qin Chu bertanya bimbang kerana dia tidak mendengar sebarang bunyi latar menerusi telefon.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C84
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄