下載應用程式
5.74% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 73: Penebusan

章節 73: Penebusan

編輯: EndlessFantasy Translation

"Mak, Mak mungkin tidak berapa arif tentang undang-undang. Jika kita lakukannya mengikut cara biasa dan mereka kalah dalam tuntutan mahkamah, mereka tetap perlu membayar pampasan. Cuma mungkin ia tidak akan jadi sebanyak yang mereka mahu bayar untuk penyelesaian peribadi. Biasanya, mereka akan perlu membiayai yuran perubatan Zhixin. Apa yang kita rugi daripada pampasan itu ialah yuran bagi bantuan tambahan dan gangguan emosi. Kita tidak akan minta terlampau banyak. Saya tidak mahu menggunakan kesihatan adik lelaki saya sebagai tuas untuk menjadi kaya. Sebaik sahaja kita menang kes ini, mereka masih perlu berikan kita semua perkara asas itu. Jadi, Mak jangan bimbang mengenai wang itu."

"Kak, Kakak buat semuanya kedengaran begitu rumit. Macam mana Mak nak faham? Kenapa Kakak tidak cakap saja yang kalau kita selesaikan secara peribadi, mereka mungkin akan beri kita 1,000,000 yuan untuk pampasan. Tetapi, jika kita mengikut proses mahkamah, mereka mungkin hanya perlu memberikan kita 300,000 yuan untuk yuran perubatan. Perbezaan yang agak besar daripada segi wang. Betul kan?"

Selepas Jing Zhixin selesai menerangkan, Huo Mian mengangguk.

Yang Meirong tidak berkata lanjut. Dia menundukkan kepalanya dan berkata perlahan, "Saya harap semuanya berjalan lancar."

Huo Mian tahu yang meskipun emaknya tidak bermanis muka, tetapi, dia masih bersetuju dengan cara Huo Mian menguruskan hal itu.

Kemudian, satu ketukan kedengaran pada pintu.

Huo Mian sangat gementar. Dia sangat takut sekiranya Qin Chu tiba-tiba datang ke hospital itu tanpa sebarang amaran.

Jika itu berlaku dan emaknya ternampak Qin Chu, ia pasti menjadikan suasana sangat tegang.

Orang yang berjalan masuk selepas mengetuk pintu itu menyebabkan Huo Mian mampu menghelakan nafas lega.

Ning Zhiyuan rupanya.

"Abang Zhiyuan." Jing Zhixin berkata perlahan.

Ning Zhiyuan memakai kot makmal putih seolah-olah dia baru sahaja menamatkan shifnya.

Tangannya memegang bakul buah. Dia memandang Huo Mian terlebih dahulu dengan wajahnya yang menggambarkan perasaan yang bercampur baur.

Kemudian, dia menyapa emak Huo Mian. "Mak Cik."

"Apa yang kamu buat di sini? Bukankah kamu berdua sudah berpisah?" Yang Meirong bertanya dengan riak wajah tegas.

"Saya datang untuk menjenguk Zhixin. Dia semakin sembuh dengan elok. Semoga cepat sembuh sepenuhnya." Kata Ning Zhiyuan sambil meletakkan bakul buah itu.

"Terima kasih, Abang Zhiyuan." Jing Zhixin tersenyum.

"Mian…" Sambil merenung Huo Mian, Ning Zhiyuan membuka mulutnya, tetapi dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

"Ya."

"Boleh kamu keluar sekejap? Saya ada sesuatu yang perlu diberitahu kamu."

"Apa pun perkara itu, kamu boleh cakap di sini. Mak dan adik saya bukannya orang luar." Selepas dia ke rumah baru Ning Zhiyuan tempoh hari,dia mengetahui lelaki itu meniduri wanita lain. Hajat Huo Mian untuk meminta balik wang yang diberinya bagi bayaran pendahuluan rumah itu juga ditolak. Huo Mian sudah tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap lelaki itu.

Sebelum ini, Huo Mian masih berasa berterima kasih untuk usaha lelaki itu memikatnya semasa mereka berdua masih belajar.

Kini baru dia tahu yang seorang lelaki boleh berubah tanpa sebarang belas kasihan.

Jika Ning Zhiyuan menolongnya hari itu, dia tidak perlu mengahwini Qin Chu.

Akhirnya, dia tiada pilihan lain selain daripada mengahwini Qin Chu.

Akhirnya, Ning Zhiyuan menjadi pemangkin kepada perkara yang telah terjadi.

Apabila ia sudah sampai ke tahap ini, Huo Mian sudah tiada kata-kata yang boleh dikatakan kepadanya.

Mendengarkan kata-kata Huo Mian, Ning Zhiyuan berasa agak malu.

Kemudian, Ning Zhiyaun terbatuk-batuk sebelum berkata, "Mian, saya tidak menyangkakan hal ini akan berlaku. Sebelum ini, saya diamuk rasa cemburu. Kita sudah bersama lebih dari tiga tahun. Kamu patut tahu macam mana perasaan saya untuk kamu. Bukannya saya tidak mahu membantu kamu. Saya dengar yang pembedahan Zhixin sudah dibayar dengan wang yang kamu pinjam dari tempat lain. Saya mahu tolong kamu bayar wang itu kembali. Saya boleh jual pangsapuri itu dan kereta. Keluarga kamu keluarga saya dan Zhixin adik saya. Bolehkah kita kembali ke…"

Sebelum Ning Zhiyuan berpeluang untuk menghabiskan ayatnya, Huo Mian memotong kata-katanya.

"Kita tidak boleh kembali seperti dahulu."

"Mian, adakah kamu benar-benar tidak mahu memberikan saya peluang lain?" Ning Zhiyuan merayu.

Huo Mian mengangkat kepalanya. Sambil merenung tepat ke dalam mata Ning Zhiyuan, dia berkata dengan jelas, "Apa yang saya tahu, semasa saya tidak ada pilihan lain selain daripada meminta bantuan kamu semasa adik saya terbaring di katil hospital menunggu wang untuk menyelamatkan nyawanya, kamu berada di dalam rumah yang kita sama-sama bayar wang pendahuluannya, berseronok dengan perempuan lain. Ning Zhiyuan, saya tidak bodoh dan begitu juga dengan kamu. Tolonglah. Berhenti bergantung pada masa lalu kita. Kamu tidak menolong saya, tetapi saya tidak salahkan kamu. Tetapi sekarang, kamu cuba berlakon baik selepas kelakuan begitu. Ia sangat menjijikkan."

Kata-kata Huo Mian membuatkan Ning Zhiyuan tidak merasakan apa-apa selain malu.

Pada masa yang sama, dia terkejut. Baginya, Huo Mian sentiasa seorang gadis lemah lembut. Kenapa kini dia berlidah tajam? Dia kelihatan seperti seorang yang berbeza. Kata-kata Huo Mian menorehnya bagaikan pisau, membuatkan dia tidak mampu membalas.

"Mian…saya rasa kamu sudah berubah." Ning Zhiyuan berkata selepas sekian lama teragak-agak.

Huo Mian tersenyum hambar pada komen itu.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C73
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄