Gunung Syaitan darah pada asalnya dikunci rapat. Namun, selepas tunduk hormat Meng Hao, sebuah aura mula tersebar dari dari lembaga di atas takhta itu. Aura itu memenuhi seluruh Gunung Syaitan Darah, menyebabkan sinaran berdarah menyinari langit. Selain itu, bunyi deruman kuat kedengaran.
Ketika jantung Meng Hao berdebar, matanya bersinar dengan cahaya aneh. Pada awalnya, dia mengesyaki Gunung Syaitan Darah ada kaitan dengan topeng Dewa Darah.lagipun, lembaga di atas takhta nampak serupa dengan lembaga dilihat oleh Meng Hao semasa pertandingan Warisan Dewa Darah pada masa lalu.
Paling mengejutkan ialah Roh Sejati Malam. Ia memandang ke atas, matanya seperti dipenuhi kilat. Riak wajahnya menunjukkan reaksi tidak percaya. Hakikat Meng Hao dapat memperolehi keizinan Gunung Syaitan Tanah Ibun cukup memeranjatkan.
Tetapi kini, nampaknya dia mempunyai hubungan dengan Gunung Syaitan Darah. Reaksi Gunung Syaitan Darah menyebabkan Roh Sejati Malam menggigil.
Nota dari Er Gen (Ini sebenarnya dihantar sebagai keseluruhan bab, memandangkan Er Gen tidak menghantar apa-apa pada hari itu):
Hari ini salji turun agak lebat. Selepas balik dari pengebumian, aku menangis lama.
Aku tidak pernah menangis begitu dan tidak tahu mengapa aku menangis begitu kali ini.
Aku tidak rasa nak menulis sekarang ini dan tidak mahu melakukan apa-apa. Aku hanya mahukan ketenangan.
Abang dan kakak sekalian, hari ini cuti terakhir. Aku akan bekerja seperti biasa esok.
Terima kasih kerana memahami.