Penghapusan itu semakin rancak.
Ahli-ahli Suku Gagak Emas muncul dengan laungan teruja. Terutamanya orang lama-lama yang pernah menemani Meng Hao semasa perpindahan dahulu. Semangat mereka membara apabila mereka teringat akan susah payah yang mereka hadapi ketika pengembaraan itu bertahun-tahun lalu. Ah, susah senang kehidupan!
Bagi ahli-ahli baru yang baru berada di situ sejak beberapa ratus tahun lalu, mereka juga merasai gemuruh semangat. Bagaikan kisah-kisah yang mereka pernah dengari dari generasi terdahulu berlangsung di hadapan mereka. Kecuali, semua itu benar-benar terjadi.
Mereka bukan lagi Lima Suku Dewa Gagak yang memerlukan perlidungan kawanan Syaitan Baharu Meng Hao bagi melangsungkan kehidupan. Malah Suku Pemburuan Syurga juga perlu mengerahkan seluruh kekuatan bagi menghapuskan mereka.
Sebaik mereka menyerang, keinginan membunuh mereka melonjak dan keberanian yang wujud jauh dalam diri mereka sekali lagi melonjak.