Sebaik sahaja tatapan mereka bertemu, Meng Hao tiba-tiba tidak dapat melihat lelaki berjubah biru itu lagi. Ketika lelaki itu muncul kembali, dia sudah berdiri di sebelah Meng Hao.
Meng Hao merasa seram sejuk; tidak dapat untuk melihat tahap asas Pertapaan lelaki itu. Cubaan untuk melakukannya memberi Meng Hao perasaan yang sama ketika melihat ke dalam laut yang dalam.
Dia segera berdiri dan menunduk dalam-dalam ke arah lelaki berjubah biru itu. "Meng Hao daripada generasi junior menyapa senior."
Lelaki itu memandang Meng Hao, lalu duduk di sebelah. Dia meneguk wain dan wajahnya sedih seperti biasa dan kemudian dia berkata, "Adakah kamu sedang dalam perjalanan ke Benua Penghancuran Kunci?"
"Benua Penghancuran Kunci?" jawab Meng Hao, ekspresi kosong menetap di wajahnya. Dia berfikir kembali pada peta masnuskrip jed dan deskripsi tempat yang dia tuju. Akhirnya, dia mengangguk.