Bukan Meng Hao sahaja yang mengalami kejadian sebegini. Kejadian yang sama berlaku kepada semua orang dalam semua Suku lain. Wanita di hadapan mereka tidak nampak seperti seorang Pertapa, tetapi sesuatu yang menyerupai boneka. Tentang jambatan itu pula, ia bertukar menjadi sesuatu seperti pengangkutan terbang, membawa mereka ke tempat lain.
Tiada nyawa dapat dirasai datang dari wanita itu. Malah, jika dilihat pada pergerakannya, dia bagaikan kaku. Pada jangkaan Meng Hao, dia bukan seorang manusia sebenar. Tetapi sebuah boneka, satu lagi aspek misteri tentang Penitian Jambatan Dewa.
Sedang dia terbang di udara, Meng Hao nampak lebih kurang dua puluh susuk lembaga lain di sekitarnya.
Lembaga-lembaga itu merupakan wakil dari Suku lain. Namun, disebabkan kelajuan pergerakan mereka, susuk mereka tidak dapat dilihat dengan jelas.