Sebuah pancaran cahaya putih memancar dengan laju. Dalam sekelip mata, cahaya itu telah berada di hadapan Mawas Gergasi. Sebuah letupan bergema, menggoncangkan Syurga dan Bumi, letupan itu bergelombang ke segenap arah menaikkan habuk lalu ditiup lolongan angin yang menghembus.
Raungan diikuti dengan derangan kedengaran dari mulut Mawas Gergasi. Seolah-olah badan mawas yang besar itu terhentam pada gunung. Mawas itu berundur, darah terpercik dari mulutnya sambil teriakan nyaring bergema. Dada mawas itu dibasahi darah kerana dikoyak dengan ganas.
Cahaya putih berkelip, Sang Bulu Besar berdiri di sebelah sambil mulutnya menggonggong ketulan daging. Ia menelan ketulan daging itu lalu menjilat darah pada bibirnya.