"Tempat ini akan runtuh bila-bila masa!" kata Ye Feimu, suaranya lemah. "Apabila itu berlaku, kita akan direntas keluar!" Dia berbicara, sudah tentu, kepada pertapa Sekta Takdir Ungu Lembayung, bukan kepada Pertapa Gurun Barat.
Wajahnya pucat dan di dalam kepucatan itu dapat dilihat nadinya menghitam. Ia bukannya racun tapi sebaliknya sejenis serangga parasit, kesan teknik magis aneh dari Gurun Barat. Selepas dijangkiti, kesannya sama ada kecederaan dan kehilangan asas Pertapaan yang teruk atau, mati.
Kalau bukan disebabkan itu, Ye Feimu tak akan berada pada keadaannya sekarang, tidak sama sekali dengan tahap asas Pertapaannya.
Chu Yuyan menggetap rahang, menepuk beg sakti dan mengeluarkan pil perubatan yang kemudian ditelannya. Semua ahli kumpulan nampak penuh berazam. Malangnya, selain dari Chu Yuyan, kesemua mereka ada urat hitam yang pelik di wajah, nampaknya semua mereka telah dijangkiti oleh serangga parasit tersebut.