Bahagian luar ruang ini sebuah kawah empat segi bersaiz besar, manakala di dalamnya ada sebuah kawah bulat Syurga. Kawah bulat ini sememangnya sebuah aliran Syurga!
Fikiran Meng Hao berdengung semasa dia melihat kawah ini. Setelah berada di dalam dunia kawah besar berkenaan, dia merasakan seolah-olah dunia itu mengandungi sesuatu yang kosmik.
"Sembilan bayangan berlutut, sembilan puncak Syurga," gumam lelaki berjubah kelabu itu dan dia mulai menggeletar. "Patung-patung yang berlutut ini bukannya manusia, mereka jelas merujuk kepada kehendak Syurga!
"Tidak, tidak. Macam mana kawah ini boleh terbalik? Sepatutnya bukan macam ni. Bulatan merujuk kepada langit syurga dan bentuk empat segi merujuk kepada bumi. Itu kebenaran yang diakui secara umum sejak dari zaman dahulu kala. Itu hukum yang ditetapkan puluhan ribu tahun yang lalu, satu prinsip langit dan bumi."