下載應用程式
7.21% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 53: Bagaimana Kamu Hendak Berterima Kasih kepada Aku?

章節 53: Bagaimana Kamu Hendak Berterima Kasih kepada Aku?

編輯: EndlessFantasy Translation

"Ini... kelihatan seperti beg sakti, tetapi lebih baik." Meng Hao membalik-balikkan beg itu di tangannya dan kemudian menggunakan kekuatan rohaninya untuk merasainya. Tiba-tiba, tubuhnya bergetar, seolah-olah telah disambar petir yang tak dapat dilihat. Matanya terbeliak kehairanan. Selepas masa berlalu untuk beberapa ketika, dia menundukkan kepalanya dan melihat ke dalam beg itu.

"Besarnya..." Dia menggumam. Ini beg sakti, tetapi ruang di dalamnya sangat besar seolah-olah boleh memuatkan langit dan bumi. Bahagian dalamnya berkabus dan seperti tiada sempadan sehingga menyebabkan hati Meng Hao bergetar.

Kelihatan seperti seluruh gunung dan sungai boleh disimpan di dalamnya. Meskipun kosong, kapasitinya yang besar itu menyebabkan beg sakti ini begitu berharga.

Mulut dan lidah Meng Hao kering. Batu Rohani telah membuatnya gembira. Pil perubatan membuatkannya tidak dapat menahan sabar. Dan kemudian terdapat barang ajaib. Lukisan cat minyak itu telah mengejutkannya dan kekuatan rohani jaring berwarna hitam membuatnya rasa berdebar. Tapi beg ini membuatkan kepalanya berdengung. Dia memerlukan masa yang lama untuk menenangkan diri.

"Aku kaya. Ini kekayaan sebenar..." Meng Hao menggumam pada dirinya sambil menggenggam beg berwarna-warni itu dengan kemas. Tetapi, raut wajahnya tiba-tiba berubah.

"Jika itu benar-benar ujian kebolehan Sekta besar, tak akan ada masalah besar jika aku masuk campur. Tapi, mereka pasti tidak akan biarkan aku pergi dengan begitu yang banyak harta karun, pil perubatan dan Batu Rohani." Jantungnya mula berdebar, dan dia dapat merasakan konflik yang akan terjadi. Namun, dia berazam untuk tidak menyerahkan khazanah yang telah diperolehinya.

Dia mengatur semuanya dengan hati-hati, lalu menarik nafas dalam dan memandang keluar. Dia muncul dari gua dan meninggalkan gunung. Dia memandang kota bertembok itu dari jauh dengan penuh bermakna.

"Aku mempunyai banyak pil perubatan." Dia menggumam pada dirinya sendiri ketika dia menatap kota itu dengan mata berkilauan. "Tapi, aku tidak tahu fungsi pil-pil ini. Jadi, aku tak boleh makan mana-mana pil ini dengan selamat." Dia mula berjalan menuju ke kota.

Dia bergerak pantas dan segera mendekati pintu gerbang kota dan di atasnya tertulis tiga karakter.

Kota Peradaban Timur

Karakter itu mempunyai ciri-ciri kuno dan telah tergantung di situ lebih daripada beberapa tahun. Permukaannya yang pudar itu menunjukkan usianya.

"Peradaban menyamai Pertapaan. Dan ini adalah Timur. Makna nama kota ini jelas." [Catatan Penterjemah: Karakter untuk "Peradaban" disebut hampir serupa dengan karakter untuk "Pertapaan."]

Sebaik sahaja Meng Hao melangkah masuk ke pintu gerbang kota, dia melihat dua pengikut berdiri di sana sambil berbual. Pandangan mereka beralih kepada Meng Hao.

Mereka memakai jubah berwarna biru cerah dan kedua-duanya berada di tahap ketiga Pemekatan Qi.

"Rakan Taoist, sila bayar cukai sebelum kamu memasuki kota ini." Senyumannya hilang kerana dia merasakan tekanan asas Pertapaan Meng Hao.

"Rakan Taoist, sekilas pandang, aku dapat melihat kamu berasal daripada Sekta yang hebat. Aku sendiri berasal daripada Sekta yang kecil, dan aku baru sahaja turun dari gunung. Ini kali pertama aku di sini, bolehkah aku minta tolong kamu berdua untuk memberikan maklumat tentang tempat ini?" Meng Hao sememangnya seorang sarjana, dan berbicara dengan cara yang sangat sopan. Dua orang Pertapa tingkat rendah langsung terkesan, dan pemuda yang baru saja berbicara itu ketawa.

"Pandai, pandai kamu bercakap! Rakan Taoist, asas Pertapaan kamu cukup bagus. Jika ini kali pertama kamu keluar dari Sekta, saya pasti kamu akan menjadi cukup terkenal di masa akan datang." Pemuda itu tersenyum ketika berbicara. Dia dilayan dengan sopan oleh seseorang dengan asas Pertapaan yang begitu hebat. Jadi, dia berasa sangat senang hati membuatkannya berasa sangat senang." Ini Kota Peradaban Timur yang didirikan oleh Tiga Perikatan Besar Sekta Negeri Zhao. Salah satunya adalah Kota Pertapaan besar di Negeri Zhao. Kamu mesti membayar cukai dengan sebiji Batu Rohani untuk masuk.

"Kos sebenar ialah tiga biji Batu Rohani, tetapi untuk kamu, hanya sebiji sahaja. Harap maklum ya, pertarungan dilarang sama sekali di dalam kota. Pesalah akan dihukum berat oleh ketiga-tiga Sekta. Jangan lupa." Dia menghulurkan papan kayu kepada Meng Hao.

Meng Hao mengucapkan terima kasih dengan tergesa-gesa dan membayar sebiji Batu Rohani. Kemudian, dia memberi tabik genggam dan melepasi gerbang kota.

Dia berasa sedikit kesal tentang Batu Rohani. Walaupun hanya sebiji, tapi itu semua wang. Dia mungkin mempunyai lebih daripada lapan ribu Batu Rohani di dalam begnya, tetapi bilangan itu tidaklah terlalu banyak. Cermin tembaga itu memerlukan begitu banyak Batu Rohani,

"Mahalnya cukai dia. Kalau tak kerana aku perlu datang ke sini, aku tak akan membayarnya." Dia berjalan pantas melalui kota dan melihat sekeliling. Senja berlabuh, tetapi kota itu masih sibuk, dengan orang ramai berjalan ke sana kemari di mana-mana sahaja. Jalan-jalan dipenuhi kedai-kedai yang sebahagian besarnya memancarkan cahaya terang. Sekali pandang pun sudah tahu ini bukan tempat yang biasa-biasa.

Setiap orang merupakan seorang Pertapa. Ketika dia berjalan dalam kota ini, dia tidak berjumpa dengan seorang manusia pun. Namun, kesemua Pertapa ini adalah daripada Petapa ditahap Pemekatan Qi. Memerhati orang ramai yang berkerumun, Meng Hao hanya mengesan sekitar tiga orang yang sama seperti dia yang berada di tahap ketujuh. Sebahagian besar berada di tahap keenam, atau lebih rendah.

Meng Hao berjalan menyelusuri jalan yang luas, mencari kedai yang menjual pil perubatan. Dia tidak membeli apa-apapun, tetapi mengajukan pertanyaan. Tiga hari berlalu. Pada masa itu Meng Hao sudah merentasi seluruh kota dan mengunjungi lebih dari tiga puluh kedai ubat.

Meskipun begitu, dia hanya mendapat maklumat mengenai tujuh atau lapan dari puluhan jenis pil ubat di dalam begnya. Namun, Meng Hao sangat teruja. Dari pil-pil yang dia telah kenal pasti, masing-masing mempunyai harga sangat mahal. Salah satu daripadanya adalah Pil Pengukuhan Rohani, bernilai lima puluh Batu Rohani, yang hanya berguna pada tahap ketujuh Pemekatan Qi.

Di dalam beg saktinya, dia mempunyai lapan kesemuanya.

"Sayang sekali ada begitu banyak pil yang aku masih tidak tahu mengenainya." Pada hari ketiga, Meng Hao teragak-agak, lalu dia berjalan ke sebuah bangunan yang sangat mewah di daerah barat kota.

Ketinggiannya tiga tingkat dan memancarkan cahaya yang bersinar. Malah, dari jarak yang jauh pun orang boleh melihatnya bersinar. Sebelum itu, Meng Hao memerhatikan hampir kesemua yang masuk ialah daripada tahap keenam Pemekatan Qi. Malahan ada beberapa ditahap kelapan atau kesembilan. Nampaknya, inilah satu-satunya bangunan yang mereka sanggup masuk.

Ketika dia melihat nama di bangunan itu, dia lebih bersemangat untuk masuk.

Astaka Ratusan Khazanah

Di dalamnya dipenuhi dengan kekisi yang berukir dan tangga marmar. Segalanya kelihatan diperbuat daripada batu jed, dan sebaik sahaja dia melangkah masuk, Meng Hao terus merasakan kekuatan rohani yang kuat menyapu wajahnya. Pelbagai barangan yang dipaparkan mempersonakan matanya; botol-botol ubat pil, pedang terbang, mutiara, sepanduk dan lain-lain barang dapat dilihat di mana-mana sahaja.

Tidak ramai Pertapa yang ada, jadi keadaan agak sunyi. Mereka berjalan secara dalam kelompok empat atau lima, masing-masing ditemani oleh seorang wanita muda yang mengenakan gaun panjang berwarna merah muda. Suara gadis-gadis itu pelahan dan lemah gemalai, dan mereka menjawab semua pertanyaan mengenai pelbagai barangan dengan rendah hati.

Tiada apa yang menarik bagi Meng Hao. Apa yang benar-benar menarik perhatiannya ialah sesuatu yang jauh di tingkat dua. Di sebelah anak tangga ialah tungku Pil yang sangat besar. Gumpalan asap mengelilinginya, dan duduk di sebelahnya ialah seorang pemuda pertengahan usia yang berjubah hitam panjang. Dia duduk bersila di sana dengan belakangnya tegak. Tanpa sebarang ekspresi, dia melakukan latihan pernafasan dengan mata tertutup.

Dia memancarkan sejumlah besar kuasa, tetapi sukar untuk dirasakan. Dia kelihatan menyembunyikan sebahagian besar daripada kuasanya. Jika tidak, seluruh astaka berkemungkinan akan runtuh.

"Seorang Pertapa Pengukuhan Asas..." Anak mata Meng Hao mengecil. Pemuda pertengahan usia ini memancarkan sejenis aura yang sama dengan Orang Lama Ouyang. Dengan mudah, Meng Hao dapat mengagak asas Pertapaannya berada pada tahap Pengukuhan Asas, lebih tinggi daripada kesemua yang ada di sini.

"Aku tertanya-tanya jika hari itu akan tiba di mana aku mempunyai peluang untuk menjadi Pertapa Pengukuhan Asas." Setelah semua perkara yang ditempuhinya di Sekta Reliance, hatinya dipenuhi dengan keinginan untuk menjadi lebih berkuasa dan kuat. Ketika ini, kepalanya ditundukkan, tetapi matanya dipenuhi dengan keazaman dan kedegilan. Malah, keazamannya lebih kuat daripada sebelumnya.

"Dengan menggunakan kaedah Pertapaan daripada Kitab Suci Rohani, ketika mencapai Pengukuhan Asas, itu akan menjadi Asas Sempurna, jauh lebih kuat daripada Retakan atau Bersepihan." Aku akan menjadi kuat termasuk dalam kalangan para Pertapa tahap Pengukuhan Asas." Dia menarik nafas dalam dan mengangkat kepalanya. Seorang wanita muda dengan gaun merah muda mendekatinya. Dia cantik, dan tersenyum santai. Dia menyapa Meng Hao dengan sedikit menunduk. Sambil itu, bahagian depan gaunnya jatuh dan memperlihatkan kelembutan yang putih melepak.

"Saudara Taois, adakah kamu memerlukan bantuan?" Dia bertanya.

Wajah Meng Hao segera berubah merah, dan dia menggumam pada dirinya sendiri dia seharusnya tidak melihat perkara yang tidak sopan. Walaupun dia bersungguh-sungguh tidak mahu melihatnya, tetapi dia tidak dapat mengelak lalu dia melirik ke bawah dan jantungnya berdetak kencang. Meskipun dia telah berada di Sekta Reliance selama tiga tahun, dia tidak pernah meluangkan masa dengan pengikut wanita selain daripada Kakak Xu. Apa yang dia lihat sekarang belum pernah dilihatnya sepanjang hidup. Wajahnya agak gelap, tetapi pada saat itu, kamu tidak boleh mengagak sama sekali.

"Adakah kamu memiliki serpihan batu jed yang menerangkan tentang pil perubatan?" Dia bertanya sambil terbatuk dan berusaha menutup rasa malunya.

Gadis itu masih muda, tetapi perilakunya menunjukkan dia cukup berpengalaman. Dia dapat merasakan keganjilan Meng Hao dengan serta-merta dan agak terhibur. Selama bertahun-tahun, dia telah melihat ramai pelanggan. Tetapi tak ramai yang seperti Meng Hao. Sambil menahan ketawa, dia tersenyum dan merapatkan tubuhnya ke arah Meng Hao sehingga lelaki itu dapat menghidu aroma wangiannya.

Apabila aroma wangi itu sampai ke wajahnya, wajah Meng Hao semakin merah. Walau bagaimanapun, matanya tidak mengandungi hawa nafsu. Sebaliknya terbeliak dan terang; dia pada dasarnya tidak akan mengalah pada nafsu. Dia hanya tidak berpengalaman dengan wanita lalu menyebabkan wajahnya yang bertukar kemerah-merahan.

"Sudah tentu kita mempunyai serpihan batu jed berkenaan pil perubatan," katanya sambil mengedipkan mata. "Sila ikut saya, Saudara Taoist." Gadis itu mendapati kejanggalan Meng Hao kelihatan sangat comel. Dia berpaling, pinggangnya bergoyang, lekuk tubuhnya memikat. Meng Hao tidak dapat menahan daripada melihatnya, dan sekali lagi hatinya mula tidak keruan. Dengan senyuman pahit, dia berdehem dan bergegas mengikutinya.

Dia membawanya ke rak kekisi di tepi yang dipenuhi dengan pelbagai potongan batu jed. Antara yang berada di atas dulang putih ialah tiga kepingan jed yang bertulis karakter Tiga Kepingan Jed. "Kepingan jed ini memperkenalkan sebahagian besar pil ubat yang boleh ditemui di Negeri Zhao. Namun, ini ialah salinan, jadi kandungannya agak tidak jelas."

Ketika dia melihat Meng Hao mengangkat tangan untuk mengambilnya, dia tersenyum. "Kamu boleh melihatnya setelah kamu membelinya. Tiga Serpihan Jed berharga seratus batu rohani." Ketika dia tersenyum, dua lesung pipit yang indah muncul. Saat dia menatap Meng Hao, dia merasakan walaupun wajahnya agak gelap, Meng Hao seperti orang terpelajar dan awet muda.

Ketika wangian semerbak meliputinya, Meng Hao menarik tangannya kembali dan fokus. Dia memandang Kepingan Batu Jed dengan serius. Rupanya agak terlalu mahal dan dia teragak-agak untuk berpisah dengan Batu Rohani sebanyak itu.

"Ada maklumat lain selain daripada ini?" Meng Hao bertanya setelah mengetap rahangnya. Tujuannya datang ke sini ialah untuk membeli kepingan jed seperti ini.

"Sudah tentu!" Jawab gadis itu dengan satu lagi kerdipan mata. "Ikut aku." Dia membawa Meng Hao ke sudut lain lalu menunjukkan sekeping batu jed di rak. Batu itu ditutupi dengan retakan kecil.

"Ini bukan salinan. Ini ialah kepingan batu jed kuno yang mengandungi catatan pelbagai pil perubatan dari Wilayah Selatan. Malah,batu jed ini mempunyai maklumat terperinci tentang pil racun dan penawarnya. Selain itu, terkandung penerangan yang sebenar mengenai pil perubatan. Malangnya, batu ini retak dan akan hancur. Kamu hanya boleh membacanya empat atau lima kali."

Setelah mendengar kata-katanya, hati Meng Hao bergetar. Dia memerlukannya, bukan untuk penggunaan jangka panjang, tetapi untuk menyelesaikan masalah pada situasinya sekarang ini.

"Saudara Taoist, aku harap kamu tidak keberatan," katanya sambil tersenyum dan mendekatkan tubuhnya serta merendahkan suaranya. "Kos barang ini ialah dua ratus biji Batu Rohani. Kamu mesti faham sekiranya batu ini tidak retak, nilainya lebih daripada seribu. Jika kamu benar-benar menginginkannya, aku dapat membantu kamu untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Tetapi, bagaimana kamu hendak berterima kasih kepada aku?"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C53
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄