Xiang Jie menjawab, "Baiklah, Pengerusi Chu. Saya faham! Saya pasti akan selesaikan tugasan ni dengan kebolehan terbaik saya!"
Chu Hong Guang menambah dengan bimbang, "Tak kira berapa tinggi harga yang Maharaja Langit tawarkan, sekat mereka ikut suka awak! Jalankan tugasan ni sebaik sahaja majlis anugerah tamat!"
"Baik…"
Selepas mencuri dengar perbualan antara Chu Hong Guang dan Xian Jie, Cai Yong Sheng menggosok tangannya dan berkata, "Pak Cik, apa kata kalau awak biar saya yang uruskan perkara ni? Saya pasti akan lakukan dengan baik!"
Chu Hong Guang menengking perlahan, "Diam! Kalau kau berani campur tangan dalam urusan ni, kau keluar daripada syarikat! Sampah tak berguna!"
Cai Yong Sheng tampak sedih. "Kenap… kenapa saya sampah… sekurang-kurangnya saya menang Pelakon Baru Terbaik…"
"Berani kau sebut benda tu?!" Chu Hong Guang berasa begitu marah sehingga hatinya seperti mahu meletup.