Syarikat mereka tidak mampu menanggung mereka berkemahiran tuhan tetapi staf tidak berpengalaman juga tidak boleh diterima. Calon seperti ini sangat sesuai.
Daripada resume gadis ini, mereka boleh mengagak yang dia seorang individu yang rajin bekerja.
Ye Wan Wan menjeling kepada Ye Mu Fan sebelum terbatuk ringan. Dia kemudian berkata kepada Yao Jia Wen, "Gembira berjumpa awak. Cik Yao, kan? Kawan saya ada beritahu pasal awak tadi."
Yao Jia Wen terus menjawab, "Awak mesti… Pengerusi Ye? Semalam saya ada terserempak dengan kawan awak dan dia ada bagi kad awak. Tapi saya tak berani tiba-tiba buat panggilan kepada awak, sebab tu saya terus datang ke syarikat awak untuk temu duga…"
Ye Wan Wan mengangguk menandakan dia faham. "Awak berdua boleh sambung."
Oleh itu, Ye Mu Fan bertanya beberapa soalan kepada Yao Jia Wen dan gadis itu berjaya menjawab semuanya dengan lancar.