Profesor Li merenung wajah lelaki itu dan terus menyimpan gambar anak lelaki tanpa berkata apa-apa. Dia kemudian memandang dengan curiga kepada Ye Wan Wan. "Wan Wan, dia…?"
Ye Wan Wan menutup mukanya dengan tidak berdaya dan tiada pilihan lain selain menjawab dengan jujur, "Ahem, ini… Profesor Li, ini… ini teman lelaki saya…"
Profesor Li. "..."
Ini apa yang dia kata "lebih suka mereka yang hodoh"?
Adakah kerana dia sudah terlalu tua dan standard kecantikannya telah ketinggalan zaman sekarang?
Ye Wan Wan sedang terkedu ketika itu dan tidak berani bertembung mata dengan Profesor Li.
'Biar betul?! Aku baru cakap aku lebih suka lelaki hodoh, tiba-tiba Si Ye Han boleh muncul…
'Habis teruk muka aku kena belasah, okey…'
"Okey, um, Profesor Li, kalau tak ada apa-apa lagi, kami pergi dulu!"
Sebaik sahaja Ye Wan Wan berkata begitu, dia terus menarik tangan Si Ye Han dan berlari pergi.