Tidak lama kemudian, hari persidangan seni bela diri telah tiba.
Ye Wan Wan bangun awal dengan teruja dan terus mengenakan pakaian latihan putihnya.
Si Ye Han yang sedang menuju ke sebuah majlis menandatangan kontrak, menghubungi sekali lagi dengan bimbang. "Awak ingat tak pesan saya?"
Ye Wan Wan terus berjanji, "Saya ingat! Saya ingat! Jangan cetuskan masalah! Jangan risau pasal saya dan buat kerja awak! Tinggalkan Encik Mu dekat saya. Saya jamin saya akan selesaikan misi ni dan tak akan berlawan!"
Setelah dia berjaya melegakan kerisauan Si Ye Han dan mengarah Orang Tua Jiang dan mereka yang lain untuk mengawal rumah, Xu Yi sudah pun menunggu di luar bersama dengan pengawal yang dia pilih.
"Cik Wan Wan, lima orang ini pengawal baru dan agak berkebolehan. Mereka telah menjalani latihan etika perniagaan standard." Xu Yi memperkenalkan mereka kepada Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan memandang lima orang itu dan mengangguk. "Baiklah."