Namun apabila Ye Wan Wan mahu mengucup bibir lelaki itu, Si Ye Han menelengkan kepalanya dan mengelak dari ciumannya.
Lapisan ais kelihatan dalam mata lelaki itu. Ia bukan perasaan marah, tapi ia lebih kepada perasaan tidak berdaya dan menyampah.
Wajah Ye Wan Wan bertukar sugul apabila ciumannya ditolak. Dia berkata dengan marah, "Ikut awaklah! Si Ye Han, awak ingat awak tu siapa?! Sampai hati awak layan saya macam ni?! Geramnya saya?!"
Walaupun lima orang itu telah diusir pergi oleh Ye Wan Wan, Xu Yi dan dua orang lagi itu tidak pergi jauh kerana mereka risau.
Mereka bersembunyi dari satu jarak. Sebelas yang mempunyai pendengaran yang baik, terdengar kata-kata Ye Wan Wan dan mula panik. "Aduh, aduh, aduh, mereka mula nak bergaduh ke…"
Xu Yi terpaku. "Tak mungkin. Kenapa? Cik Wan Wan tahu macam mana nak nilai situasi. Dia tahu macam mana nak pujuk Tuan ke -9. Kenapa dia nak mula bergaduh dengan tuan?"