Ye Wan Wan terserempak dengan Sebelas sebaik sahaja dia melangkah ke halaman rumah. Lebam besar pada mata dan dagu lelaki itu terus menarik perhatiannya.
"Eh? Sebelas, kenapa dengan muka awak?" tanya Ye Wan Wan dengan resah.
"Uh, Cik Wan Wan…" Sebelas terus menutup mukanya dan terus berundur jauh ke belakang tanpa dia sedar. "Tak… tak ada apa-apa…"
Ye Wan Wan merenung tajam kepada lelaki itu. "Macam mana benda ni tak ada apa-apa? Siapa belasah awak? Yuan Sheng ke? Mereka cari pasal dengan awak lagi ke?"
Sebelas tersedak. "Tak, memang tak ada apa-apa. Saya terlanggar dinding je…"
Ye Wan Wan. "huh?"
'Terlanggar dinding, tapi kau lebam teruk sampai macam ni?'
Ye Wan Wan sedang bercakap dengan Sebelas apabila Feng Xuan Yi berjalan di belakang Sebelas dengan muka yang bengkak dan penuh dengan lebam.