Ye Wan Wan memerhati dengan dingin apabila krew penggambaran mendapat apa yang mereka mahukan dan mengatur siaran langsung itu dengan begitu pantas.
Mereka sudah memutuskan kebolehan Luo Chen tidak sehebat pelakon lain. Mereka juga tidak sabar-sabar mahu melihat watak Lin Luo Chen dijadikan batu loncatan kepada kerjaya Xu Ming.
Sementara Ye Wan Wan pula telah menggunakan kelebihan mentaliti krew penggambaran ini dan juga ego Xu Ming untuk mengadakan siaran langsung ini dengan lancar.
Luo Chen menoleh kepada Ye Wan Wan, berasa bersalah kerana memutuskan untuk bersetuju dengan taruhan Xu Ming. "Abang Ye.... saya… saya terlalu terburu-buru ke tadi?"
Ye Wan Wan ketawa. "Terburu-buru? Saya ingat kita memang sependapat?"
Lagipun, siaran langsung ini idea dia.
Setelah mendapat pengesahan Ye Wan Wan, perahu kecil Luo Chen yang sedang bergolak terus menjadi tenang kembali. Keazaman yang tinggi kini terpancar daripada mata lelaki itu.