Rambut lelaki itu gelap seperti dakwat, matanya dingin seperti ais dan bibir merahnya sahaja warna yang ada pada wajah pucatnya. Tulang selangka lelaki itu jelas kelihatan menerusi baju tidurnya yang longgar dan nipis. Seluruh tubuhnya diselubungi perasaan suram.
Lelaki itu kelihatan begitu pucat dan sakit, namun ia tidak menjejaskan langsung aura lelaki itu. Sebaliknya, ia membuatkan semua orang merasakan mereka dalam bahaya…
Ye Wan Wan terkesima dan berdiri membatu di situ.
'Si Ye Han yang koma selama tiga bulan di kehidupan lepas…
'Telah bangun di saat ini…'
Lelaki kejam dan dingin di hadapannya ini pernah menjadi mimpi paling ngeri dalam hidupnya.
Dia juga pernah beberapa kali menyumpah mati lelaki ini.
Namun, melihat dia berdiri tegak di hadapan matanya walaupun dalam keadaan yang lemah, melihat dia akhirnya sedar dari koma, mata Ye Wan Wan mula berkaca…