Mata Xu Yi terbuntang luas, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
'Tak guna. Si Lu Te yang tak suka dengan manusia boleh berbaring di sebelah Ye Wan Wan! Ia tak cuba pun cederakan gadis ni sementara gadis ni boleh pegang bulu dan peluk tangannya!
'Tapi kenapa macam ada yang tak kena dengan Ye Wan Wan?'
Xu Yi masih lagi keliru. Dia baru tersedar selepas kelibat yang berdiri di sebelahnya tadi terus meluru ke arah gadis itu dan mengangkat Ye Wan Wan pergi dari Si Putih Besar.
"Pergi panggil Orang Tua Sun!"
"Baik!" Peluh Xu Yi terus bercucuran turun semasa dia bergegas keluar dengan patuh.
'Jika ada sesuatu yang berlaku kepada Ye Wan Wan, semua orang dalam rumah ni akan ditanam sekali dengan dia!'
Setengah jam kemudian, seluruh taman Jin cerah dengan lampu.