"Terima kasih, Ruo Xi. Gelang ini cantik," Ye Wan Wan menutup kotak tersebut dan berpura-pura bagaikan dia tidak tahu nilai sebenarnya.
"Asalkan awak suka." Selepas Qin Ruo Xi selesai bercakap dengan Ye Wan Wan, dia berpaling kepada Si Ye Han.
Apabila dia memandang Si Ye Han, sikapnya yang sebelum ini formal dan dingin tiba-tiba bertukar menjadi lebih mesra serta renungannya juga menjadi lebih lembut. "Ye Han, saya dah selesaikan masalah di Bandar Shen. Saya akan bincang isu ini lebih lanjut dengan awak malam ini."
"Terima kasih," balas Si Ye Han acuh tak acuh sambil memalingkan pandangannya daripada Ye Wan Wan.
'Riak muka Ye Wan Wan agak pelik semasa dia pandang Qin Ruo Xi tadi.'
"Awak saja cakap macam itu atau awak memang berterima kasih?" Qin Ruo Xi mengangkat keningnya.
Si Ye Han memandang Xu Yi dan pembantunya terus mengeluarkan perkara yang sudah disediakan terlebih dahulu— sebotol wain yang mahal.