Keesokan pagi.
Sebelum pergi ke kelas, Ye Wan Wan singgah ke asramanya terlebih dahulu.
Sebelum dia mengeluarkan kuncinya, pintu telah ditarik terbuka. "Wan Wan, awak dah balik!"
Jiang Yan Ran berdiri di muka pintu dengan ceria; dia mungkin telah mendengar derap kaki Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan sudah biasa tinggal seorang diri jadi apabila pintu dibuka sendiri sudah tentu akan membuatnya terkejut.
"Yeah! Cepat, beritahu saya, macam mana janji temu awak malam tadi?" Ye Wan Wan tak sabar ingin tahu.
Jiang Yan Ran teragak-agak sebelum menjawab, "Saya dah beritahu Chu Feng perkara sebenar."
Ye Wan Wan tergamam. "Huh? Apa awak beritahu dia?"