Selepas dia kembali ke tempat duduknya, Jiang Yan Ran hampir pengsan.
Ye Wan Wan kelihatan begitu bangga seperti anak perempuan sendiri telah dewasa. "Terbaik! Awak memang hebat!"
"Terima kasih, sebab awak yang ajar saya dengan baik." Jiang Yan Ran tersenyum pahit. Dia juga terkejut, dia tidak menyangka yang satu hari nanti dia boleh bercakap kepada Song Zi Han dengan nada dan tingkah laku seperti itu.
Tidak lama kemudian, lima belas minit masa rehat telah tamat dan perlawanan bersambung semula.
Wisel berbunyi dan suasana di gelanggang menjadi tegang tiba-tiba.
Semua orang perasan perlawanan ketika ini lebih berbeza daripada awal tadi – bau asap lebih kuat dan percikan kemarahan boleh dilihat di merata tempat.
Song Zi Hang menjeling penuh benci kepada Chu Feng.
Teman sepasukannya juga memandang penuh benci. "Dia hanya anak orang kaya yang banyak duit di rumah, bukan? Budak tak guna!"