下載應用程式
2.39% Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 33: Mari Kita Berkongsi Hujan dan Embun!

章節 33: Mari Kita Berkongsi Hujan dan Embun!

編輯: EndlessFantasy Translation

"Saya tidak menentang cadangan itu," guru Bahasa itu mengangguk, ingin tahu sama ada Ye Wan Wan memberitahu perkara yang betul atau tidak.

Melihat itu, semua guru lain melihat satu sama lain dan akhirnya bersetuju.

"Ye Wan Wan, disebabkan awak, ramai orang telah berkumpul di sini dan telah membazirkan masa berharga mereka! Belum lewat untuk mengaku sekarang! Jangan tunggu sehingga awak hilang semua maruah awak! Awak telah memalukan kelas F!" kata Liang Li Hua dengan marah.

Ye Wan Wan ketawa. "Cik Liang, awak yang persoalkan saya dan awak yang mengumpul semua guru di sini. Walaupun masa semua orang telah dibazirkan, awak yang patut dipersalahkan!"

"Awak…"

Sebelum Liang Li Hua membuka mulut untuk membangkitkan neraka, Ye Wan Wan memandang semua guru dan berkata, "Cikgu-cikgu semua tak perlu bersusah payah. Jika kita gunakan kertas peperiksaan ganti, Cik Liang mungkin akan menuduh saya menipu sekali lagi. Saya takut walaupun saya terjun ke dalam Sungai Kuning pun tak akan bersihkan nama saya. Apa kata kalau Cikgu semua mencipta 5 soalan sekarang? Kesemuanya akan berjumlah 25 soalan dan jika saya buat walau satu kesalahan, anggap sahaja saya telah menipu!"

Zhao Xing Zhou menggosok dagunya. "Oh, Cik Ye, Matematik awak agak membimbangkan… dengan Bahasa, Matematik, Politik, Sejarah, dan Geografi, bukankah semuanya 30 soalan?"

Ye Wan Wan bertukar suram. "Matematik tak perlu termasuk sekali."

Zhao Xing Zhou menaikkan keningnya. "Kenapa Matematik tidak termasuk?"

Ye Wan Wan menjawab tanpa emosi, "Sebab saya benci Matematik"

Zhao Xing Zhou dengan cepat menutup hatinya, berpura seperti ditembak tepat ke hatinya dengan wajah penuh kesedihan. "Janganlah begitu, apa salah Matematik? Cara saya mengajar paling menarik…"

Ye Wan Wan memberi renungan kosong. "..."'Mereka yang paling menyakitkan kepala!'

Semua guru berbincang untuk seketika dan membuat keputusan yang cadangan Ye Wan Wan paling bernas dan juga menjimatkan masa.

Semua guru menyediakan 5 soalan setiap seorang.

Dengan cepat, semua 25 soalan itu dicetak dan dibahagi kepada 5 ujian kecil.

Zhao Xing Zhou, guru Matematik itu, bertegas juga dan memberi 5 soalan, dan melihat Ye Wan Wan dengan penuh minat.

Ketua Hal Ehwal Pelajar melirik pada jam di tangannya dan mengumumkan, "Awak boleh bermula sekarang, setengah jam cukup untuk awak?"

"Ya." Ye Wan Wan tidak membantah. Dia duduk dan mula menjawab semua soalan.

Semua guru duduk di sofa berdekatan dan minum teh sambil menunggu.

Liang Li Hua melihat Ye Wan Wan yang sedang tekun menyiapkan ujiannya. Wajahnya penuh dengan sindiran, dia mahu lihat selama mana sampah ini akan berpura-pura.

Ye Wan Wan mengimbas semua soalan dari atas ke bawah dan mula menulis.

Untuk mengelak dari dia meneka, tiada aneka pilihan jawapan – hanya isi tempat kosong.

Dalam kurang dari 10 minit, dia telah menyiapkan semua soalan.

Beberapa guru berkumpul dan mula menyemak kerjanya. Keputusan akhir ialah… markah sempurna!

Kecuali untuk Matematik, di mana dia tidak mencuba pun untuk menjawab.

Untuk menguji keupayaan sebenar Ye Wan Wan, semua soalan ini sama susah seperti ujian simulasi. Tapi akhirnya, gadis ini juga berjaya mendapat setiap soalan dengan betul?

Setelah Liang Li Hua selesai menyemak soalan terakhir dari ujian Bahasa Inggeris, riak wajahnya berubah serta merta. "Ini mustahil! Ye Wan Wan selalu yang pertama dari belakang! Bagaimana gred dia boleh meningkat dengan begitu drastik dalam tempoh semalaman?!"

Ye Wan Wan menjawab, "Bukankah kerana saya seorang genius?"

"Pffttt…" Zhao Xing Zhou yang pada mulanya kecewa namun selepas mendengar jawapan gadis itu. "Gadis ini mungkin tahu bagaimana untuk menyelesaikan soalan ini sebelum ini tapi sengaja menghantar kertas kosong. Budak pemberontak, saya faham semuanya sekarang! Sekarang kebenaran telah terbongkar, Qing He mempunyai seorang lagi murid dengan keputusan luar biasa. Bukankah ini sesuatu yang kita patut raikan?"

Dia kemudian berpaling pada Ye Wan Wan dengan wajah kecewa. "Tapi Ye Wan Wan, hati saya begitu sedih sebab awak benci Matematik! Bolehkah kita bersetuju untuk berkongsi hujan dan embun di masa depan?"

"Maaf Cikgu, tak boleh."

"..."

Ye Wan Wan memandang Ketua Hal Ehwal Pelajar dan membangkitkan isu yang sangat membimbangkan dia. "Jadi, tentang notis pembuangan saya?"

Ketua Hal Ehwal Pelajar melihat keputusan kertas ujian sementara itu, berfikir dengan lama sebelum menjawab, "Menurut peraturan sekolah, dengan keputusan cemerlang ujian awak, keputusan pembuangan akan ditangguh sementara kami memantau tingkah laku awak dari semasa ke semasa! Jika awak buktikan awak telah berubah menjadi lebih baik, keputusan itu akan ditarik semula!"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C33
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄