下載應用程式
10.08% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 100: Melutut? Tidak sama sekali!

章節 100: Melutut? Tidak sama sekali!

編輯: EndlessFantasy Translation

"Perempuan itu terlalu bodoh untuk menyedari yang dia sedang mencari nahas!" Wu Rong menegur, "Wushuang, jangan buang masa kamu dengan berkata-kata. Bawa dia masuk dan mari kita beri dia pengajaran!"

Wushuang tersenyum dengan penuh gembira, sambil menambah, "Ibu, kamu betul. Sudah tiba masanya untuk berikan dia pengajaran, kamu semua, panggil wanita itu dan marilah kita bercakap dengan dia."

Pihak polis telah dirasuah oleh Chui Ming.

Xinghe dibawa ke bilik siasat yang tidak mempunyai kamera.

Wushuang dan Wu Rong turut sama ikut.

Ketika pintu ditutup, Wu Rong bergegas ke hadapan untuk memberi Xinghe tamparan kuat di muka. Akibat dikuasai oleh kemarahan, terdapat kekuatan besar di sebalik tamparan itu.

Wu Rong telah lama menantikan tamparan itu.

Sekarang apabila Xia Xinghe telah jatuh ke tangan mereka, dia akan menyiksanya dengan kejam!

Walau bagaimanapun, Xinghe telah menjangkakan reaksi daripada mereka. Jadi, apabila tamparan itu menuju kepadanya, dia terlebih dahulu memberikan tendangan yang kuat…

"Aduh!" Wu Rong terjatuh ke lantai, dia mengerang kesakitan.

"Ibu!" Wushuang bergegas membantu ibunya. Dia merenung ke arah Xinghe, lalu mengarahkan, "Buat perempuan itu melutut!"

Xinghe berasakan satu tendangan singgah dibelakang lututnya. Kakinya menahan sakit tetapi dia tetap tidak mahu berlutut.

"Teruskan!" Wu Rong cuba sedaya upaya untuk bangun dan menjerit.

Dia akan menyeksa Xia Xinghe, sehingga dia mati!

"Berlutut!" Kedua-dua anggota polis itu menekan bahu Xinghe dan memberikan satu lagi tendangan kuat ke belakang lututnya.

Xinghe cuba sedaya upaya untuk bertahan lama, namun tenaga seorang wanita tidak setanding dengan dua orang anggota polis terlatih.

Mereka terus menendang belakang lututnya.

Xinghe mengetap giginya dan menahan kesakitan. Wajahnya dibasahi peluh.

Walau bagaimanapun, kakinya tetap keras seperti besi. Tidak kira bagaimanapun, dia tidak akan berlutut.

"Saya arahkan kamu untuk berlutut -" Keengganannya untuk berlutut membuatkan kedua-dua anggota polis itu marah, dan mereka menendangnya dengan lebih kuat.

Dia hanya seorang wanita, berani dia enggan mematuhi arahan mereka?

Xinghe merenung dengan tajam ke arah mereka. Melihatkan pandangan matanya, anggota polis itu berasakan seperti malaikat maut sedang merenung ke jiwa mereka. Xinghe berkata, "Kalau kamu berdua mahu saya berlutut, kamu harus bunuh saya dulu!"

Kedua-dua polis itu berasa gentar.

Pandangan mata Xinghe sama tajam dengan penjenayah-penjenayah yang pernah mereka tangkap. Walau bagaimanapun, disebalik pandangannya yang tajam itu, ia bukan satu kejahatan, namun terdapat kebenaran.

Kedua-dua lelaki itu terkejut. Mereka berhenti. Mereka berdiri seolah seperti patung yang dikawal oleh Xinghe.

"Saya akan lakukannya sendiri" Wushuang tiba-tiba berlari ke hadapan dan melayangkan satu tendangan ke perut Xinghe.

Wajah Xinghe berkerut menahan kesakitan.

Wushuang memakai sepasang kasut tumit tinggi 8 sentimeter. Digabungkan dengan kekuatan Wushuang, tumit tajam itu hampir menembusi perut Xinghe.

Xinghe berasakan dua kali ganda kesakitan, titisan peluhnya jatuh ke lantai.

Tetapi tidak ada riak ketakutan di wajahnya.

Dia mengangkat kepalanya dan menatap ke arah Wushuang untuk mencabarnya.

Wushuang melihat sinar kegelapan di dalam mata Xinghe. Dia berasakan kedinginan terpancar pada mata tersebut.

Lebih menyakitkan lagi, ia telah membuatnya lebih bertekad untuk menghancurkan Xinghe!

Wushuang terpandang cota polis dari sudut matanya. Dia mengenggamnya dan menghayunkannya tepat ke kepala Xinghe...


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C100
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄