下載應用程式
8.56% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 85: Seorang Bidadari

章節 85: Seorang Bidadari

編輯: EndlessFantasy Translation

Wang sememangnya sesuatu yang istimewa.

Terutama sekali dalam masyarakat kapitalis seperti kita, wang merupakan segala-galanya.

Hakikatnya, layanan terhadap mereka yang kaya berbeza sekali dengan mereka yang miskin.

Sehinggakan Xinghe yang pernah memiliki segala-galanya di hujung jari pernah menderita hanya kerana dia tidak mempunyai wang.

Begitulah keadaannya dengan Xiao Mo sekarang.

Hidupnya dilanda kesusahan kerana dia kekurangan wang. Untuk memburukkan lagi keadaan, dia perlu menjaga adiknya yang terencat akal.

Disebabkan oleh masalah mental ini, adiknya, Xiao Lin, pernah membakar rumah sewa mereka yang dahulu secara tidak sengaja. Tuan rumah menuntut 20,000 RMB sebagai ganti rugi. Sepanjang dua minggu yang lepas, Xiao Mo tidak henti-henti memikirkan cara untuk mendapatkan duit sebanyak itu.

Dia pernah terfikir untuk merompak, tetapi apa akan terjadi pada adiknya jika dia ditangkap?

Diselubungi kesedihan dan kesengsaraan, dia mempertimbangkan untuk membunuh diri.

Masa depan yang gelap telah merampas keinginannya untuk hidup. Hanya kesakitan dan kesengsaraan yang menantinya. Tambahan pula, adiknya yang dihantui bayangan silam di dalam mindanya tidak dapat merasakan nikmat hidup pun.

Oleh itu, rancangan Xiao Mo ialah untuk membunuh diri bersama-sama adiknya apabila mereka menghadapi jalan buntu.

Tetapi, seorang bidadari telah muncul untuk menyelamatkannya di saat-saat akhir.

Ini satu keadaan yang diimpi-impikannya sejak kecil lagi.

Ibu bapa Xiao Mo telah meninggal sejak dia masih kecil, dan adiknya telah menjadi pengganti buat ibu bapa mereka. Segala yang dimiliki Xiao Mo ialah di atas jasa adiknya.

Mereka terpaksa hidup sebagai gelandangan, dan setiap kali dia berasa sakit kepala kerana lapar atau pun sengsara, dia berdoa supaya seorang bidadari akan muncul dan melenyapkan segala kesengsaraan mereka.

Malangnya, realiti sangat menyakitkan. Dia sedar yang dia harus bergantung kepada diri sendiri sahaja untuk mengubah nasibnya.

Setiap orang miskin pasti berdoa supaya munculnya keajaiban. Tetapi jika difikirkan dari segi statistik, bagaimana Tuhan hendak mengabulkan permintaan setiap orang?

Kerana itulah Xiao Mo berhenti mengharapkan keajaiban. Dia lebih rela mati daripada menyandarkan harapan terhadap sesuatu yang mustahil.

Tetapi pada malam ini, keajaiban telah muncul!

Utusan Tuhan telah datang untuk menyelamatkannya.

Xiao Mo tergamam melihatkan seorang wanita anggun berpakaian merah menyala.

Dia tahu yang Tuhan dan Syaitan sesuatu yang berkaitan dengan agama dan legenda, tetapi pada saat itu, dia benar-benar percaya yang dia sedang melihat seorang bidadari.

Xia Zhi sudah pun membawa pasangan suami isteri pertengahan umur itu untuk mengambil duit mereka.

Xinghe berjalan masuk perlahan-lahan dan melihat ke arah dalam rumah itu. "Saya harap kamu tak kisah saya masuk tanpa dijemput," katanya dengan lembut.

Xiao Mo yang masih tergamam menjawab secara spontan, "Sudah tentu saya tidak kisah…"

Xinghe mengangguk untuk menunjukkan tanda terima kasih dan masuk lebih dalam lagi ke rumah usang itu.

Xiao Mo akhirnya tersentak daripada kejutannya dan mengekori Xinghe.

Tak sangka dia begitu tidak berdaya sekali apabila berhadapan dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Dia tidak sepatutnya menerima bantuannya dengan mudah kerana siapa tahu muslihat apa yang dibawanya. Jarang sekali seseorang rela membantu orang lain tanpa sebab pada zaman ini. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.

Xiao Mo tidak mahu terhutang budi dengan siapa-siapa pun.

Tetapi, di atas sebab yang sukar dijelaskan, dia tidak melindungi dirinya daripada wanita aneh ini.

Seperti dipukau, dia telah menerima bantuannya dan menjemputnya masuk ke dalam rumah tanpa sebarang bantahan.

Sambil mengekori Xinghe, dia seolah-olah dapat melihat melalui sudut pandangan mata Xinghe sendiri. Melihat pada dinding yang hangus dan bilik yang kosong, wajahnya dipenuhi rasa malu.

Ini bukan tempat untuk wanita seperti dia… apa yang dia lakukan di sini?


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C85
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄