下載應用程式
7.66% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 76: Bagaimana Dia Membuktikan Dia Tidak Bersalah?

章節 76: Bagaimana Dia Membuktikan Dia Tidak Bersalah?

編輯: EndlessFantasy Translation

"Berhenti!" Kedengaran satu suara garang apabila dua orang pegawai polis bergerak ke arah Xinghe.

Tubuh Mubai yang mengagumkan bergerak dengan tenang, dia kelihatan serius. Pihak polis terkaku melihatnya.

Ketua polis bertanya dengan sopan, "Encik Xi, apa yang boleh saya bantu?"

Mubai menjeling ke arah Xinghe sebentar , dia kelihatan tenang. "Saya dengar Xia Xinghe mengatakan mereka berdua menuduhnya. Tak boleh kah kita berikan dia peluang untuk mempertahankan dirinya?"

"Saya tidak menuduh Kakak….." Wushuang membantah keras sebelum menepuk lengan suaminya dengan lembut, "Sayang, patut kah kita lepaskan saja dia? Saya yakin Kakak tak sengaja lakukannya. Lagi pun, kita kan sebuah keluarga. Janganlah kita susahkan dia."

"Tak boleh!" Chui Ming menjawab dengan sepenuh perasaan. "Dia telah menyerang kamu secara fizikal. Saya tidak akan biarkan begitu saja! CEO Xi, kamu tidak akan dapat sebarang faedah jika kamu menyebelahi dia. Kamu perlu faham yang perempuan ini sengaja mencederakan isteri dan anak saya."

"Bagaikan satu persembahan Oscar," komen Xinghe sambil menepuk tangan.

Semua lakonan ada baik dan buruk. Walaupun masing-masing tidak berapa hebat, namun mereka memang secocok.

Mereka memang serasi bersama.

"Xia Xinghe, apa yang kamu cakap? Chui Ming merenungnya. "Kamu masih berani mengejek kami dalam waktu begini!"

Xinghe sudah jelak untuk melihat lakonan mereka lagi, dia sudah ada apa yang dia perlukan.

"Saya memuji lakonan kamu berdua dan kamu kira itu satu ejekan? Kebenaran itu menyakitkan, betul tak?"

"Kakak, tapi saya tak berpura-pura! Sampai hati kamu menuduh saya buat apa yang saya tidak lakukan. Saya sangat kecewa dengan kamu!" Wushuang berkata dengan nada sedih demi meraih simpati.

Xinghe dapat merasakan kemarahan orang ramai tertumpu padanya.

Wushuang mencuba sebaik mungkin untuk memaafkan Xinghe atas segala kesalahannya dan cuba menyelesaikan keadaan yang berlaku. Namun, bukan sahaja Xinghe tidak menghargainya, malah dia menuduh Wushuang pula? Perempuan ini memang perempuan jalang!

"Saya menuduh kamu?" Xinghe merenung Wushuang dengan pandangan mata yang tajam. "Xia Wushuang, dalam dunia ini ada karma, Kamu tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku. Jadi, saya nasihatkan kamu untuk menceritakan perkara sebenar sebelum semuanya bertukar menjadi lebih teruk."

"Kakak, kamu….." Air mata kekecewaan mengalir daripada mata Wushuang, seperti wanita putus harapan. Dia berkata kepada Chui Ming dengan perlahan, "Sayang, kamu betul. Saya tidak patut terperdaya dengan kelakuannya yang dahulu. Semuanya salah saya."

"Sayang, jangan risau. Masih belum terlambat. Semuanya memang bukan salah kamu," Chui Ming berpusing dan memberikan amaran kepada pegawai polis, "Kamu semua dibayar untuk berdiri macam tunggul sahaja kah? Kita akan tahu kebenarannya setelah kita tiba di balai."

Pegawai itu faham akan ugutan Chui Ming itu, dan berkata dengan kasar, "Cik Xia, sila ikut kami secepat mungkin!"

Xinghe masih tidak bergerak, mulutnya terbuka untuk bercakap "Kalau kamu mahu saya ikut, tiada masalah. Tetapi sebelum itu, jawab dua soalan saya dulu."

"Apa lagi yang kamu mahu katakan?" Pegawai polis itu hilang sabar tapi mengikut undang-undang, Xinghe tidak bersalah selagi tiada bukti kesalahan. Jadi mereka memberi peluang kepadanya untuk bercakap.

Lagi pun, semua orang ingin tahu apa yang ingin dia katakan.

Mubai berdiri berhampiran untuk melihat. Atas beberapa sebab, dia merasakan Xinghe boleh menyelesaikan semuanya sendiri.

Namun, dia tidak berhenti berfikir, bagaimana Xinghe hendak membuktikan dia tidak bersalah?

Xinghe bertanya dengan nada tenang, "Soalan pertama saya, berapa serius jenayah yang dilakukan oleh saya jika saya dengan sengaja menyakiti Xia Wushuang?"

"Kesalahan kamu menyebabkan kecederaan orang lain jadi kamu akan dikenakan hukuman penjara satu minggu hingga tiga tahun bergantung kepada akta undang-undang." Jawab ketua polis dengan dingin.

Dengan kata lain, apa pun yang berlaku, Xinghe tetap akan dipenjarakan.

Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam penjara, sepanjang hidupnya dia akan disabitkan dengan kesalahan.

Sudah tentu, Xinghe tidaklah naif untuk berfikir yang dia hanya akan dipenjara selama seminggu. Chui Ming dan Wushuang pasti akan mencuba sebaik mungkin untuk memenjarakannya selama tiga tahun!


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C76
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄