下載應用程式
6.75% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 67: Keluarga Tiga Beranak

章節 67: Keluarga Tiga Beranak

編輯: EndlessFantasy Translation

Malangnya Tianxin tidak dapat menghalang orang lain daripada bercakap tentangnya.

"Siapakah itu? Mengapa kita tidak pernah melihatnya sebelum ini?"

"Tapi saya rasa seperti pernah melihatnya…"

"Kamu tahu… Saya rasa dia ialah bekas isteri CEO Xi."

"Tidak, kamu betul! Kalau tidak mengapa Tuan muda Xi akan memegang tangannya? Itu emak dia…"

"Jadi, dia bekas isteri CEO Xi!"

"Tapi saya dengar wanita itu ialah seorang suri rumah biasa? Bagaimanakah dia boleh bertukar menjadi seorang yang begitu luar biasa?"

"Jika dia bekas isteri CEO Xi, memanglah dia bukan seorang yang biasa…"

Muka Tianxin kehilangan warna sewaktu mendengar komen-komen orang di sekelilingnya.

Dia menggenggam penumbuk dengan ketat sehingga kukunya hampir menembusi kulit tangannya.

Dia terpaksa menerima kebenaran. Perempuan yang berpegangan tangan dengan Xi Lin ke arah dewan tersebut adalah Xia Xinghe.

Xia Xinghe yang dia telah tunggu untuk dihina sepanjang malam ini akhirnya membuat penampilan.

Sekarang dia sudah muncul, penampilannya berbeza daripada apa yang dia telah bayangkan.

Xia Xinghe, si perempuan jalang tersebut, dia tidak patut mempamerkan dirinya sebegini, begitu anggun berpakaian pakaian bernilai jutaan ringgit!

Ini semua salah! Ini bukanlah apa yang saya mahu lihat!

Selama dua hari yang lepas, Tianxin telah menghafal penghinaannya, malah dalam mimpinya, dia juga bermimpi menghina Xinghe.

Dan sekarang? Realitinya lebih teruk daripada mimpi ngerinya!

Xinghe memang cantik, anggun dan tenang. Lebih-lebih lagi, Xi Lin si anak jahanam itu sedang memegang tangannya semasa mereka sedang berjalan ke dalam dewan. Dengan Xi Lin di sisinya, secara semula jadi semua tumpuan dialihkan padanya.

Malah Mubai sedang merenungnya tanpa mengelipkan mata.

Menyaksikan bagaimana Mubai menjadi begitu terpaku, Tianxin menjadi lebih pucat.

Segala penderaan dan penghinaan yang dia telah dihafalnya kini tiba-tiba menjadi sesuatu yang tidak pasti.

Dia tiba-tiba diamuk rasa tidak senang.

Dia dapat melihat segala rancangannya hancur di depan matanya sendiri.

Xinghe telah memberi tamparan yang hebat kepadanya hanya dengan tiba di situ.

Perkara akan berubah jika Xinghe dibiarkan berada lama di tempat itu. Dia yang akan menjadi bahan ketawa dan bukannya Xinghe.

Tidak, dia tidak boleh membiarkan itu berlaku. Malam tersebut adalah 'Malam Penghinaan Ekstravaganza Xinghe', Tianxin tidak boleh membenarkan perubahan pada saat terakhir! Bak kata pepatah, persembahan mesti diteruskan!

Tianxin dengan segera menenangkan dirinya dan memaksa dirinya tersenyum ke arah Xi Lin dengan palsu dan berkata lembut dengan nada menuduh yang tersembunyi, "Lin Lin ke mana kamu telah pergi? Kamu tahu tak perbuatan tidak bertanggungjawab kamu telah menyebabkan bapa kamu dan saya risau?"

Tianxin akhirnya bersuara untuk menarik perhatian semua orang kembali kepada kehilangan Xi Lin.

Dia sengaja meletakkan dirinya dalam ayat bersebelahan Mubai untuk memberitahu semua orang dialah tunang pilihan Mubai, dan bakal menjadi Puan Xi.

Walau bagaimanapun dia lupa yang budak berumur 4 tahun tersebut tidak pernah menyukainya.

Xi Lin langsung tidak mengendahkannya.

Budak kecil tersebut berjalan melepasi Tianxin ke sisi Mubai dan menggunakan tangannya yang sebelah lagi untuk memegang tangan Mubai.

Kedua-dua Mubai dan Xinghe terpegun dengan tindakannya.

Setiap orang di dalam dewan tersebut juga terkejut dengan tindakannya.

Kanak-kanak itu dengan satu tangan memegang ibunya, satu tangan lagi memegang ayahnya… membentuk sebuah keluarga yang sempurna.

Keanggunan Xinghe yang lembut melengkapkan ketampanan Mubai yang kelihatan kelakian dan anak mereka mempunyai kedua-dua kualiti tersebut. Keluarga tiga beranak itu kelihatan begitu sesuai bersama sehingga sukar untuk seseorang mencari kekurangan gambar mereka.

Ia seolah-olah mereka ditakdirkan untuk bersama-sama.

Bagaikan cantuman gambar, mereka melengkapi satu sama lain. Kehilangan salah seorang daripada mereka umpama pelangi kehilangan warna.

Perkara yang paling gila adalah Tianxin sendiri turut berasa kagum dengan bagaimana padannya mereka dengan satu sama lain…

Pandangan mengenai padanan mereka itu membuatkan akal fikirannya hampir musnah.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C67
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄