下載應用程式
86.46% Perceraian Ke-99 / Chapter 792: Dua Luo Zhan?

章節 792: Dua Luo Zhan?

編輯: EndlessFantasy Translation

Kenapa pula ni? Tak boleh dihubungi?!

Lu Yihan mendail nombor Luo Zhan sekali lagi dan masih sama.

Rakan sekerja Lu Yihan datang kembali. Bagi membuktikan nombor Luo Zhan memang tidak dapat dhubungi, Lu Yihan membuka pembesar suara dan berkata, "Tengok, nombor ni tak boleh dihubungi." 

"Mungkin isyarat tak berapa bagus. Biar aku cuba." Rakan sekerjanya menyalin nombor Luo Zhan ke telefonnya lalu mendail nombor itu. Tanpa disangka-sangka, panggilannya berjaya disambungkan.

Lu Yihan sedikit terpinga-pinga sebaik mendengar nada dering pemanggil Luo Zhan yang klasik. Panggilan itu segera dijawab dan kedengaran suara Luo Zhan, "Helo?"

"Lihat, nasib kau yang tak baik. Aku telefon terus dapat. Rakan sekerja Lu Yihan meletakkan telefonnya ke tangan Lu Yihan secara paksa dan berkata, "Cakaplah cepat!"

Luo Zhan turut mendengarnya dengan tidak begitu jelas lalu bertanya dengan suara yang agak berang, "Siapa ni?"

Walaupun mereka baru sahaja bertemu di Ireland beberapa hari lalu, Lu Yihan merasakan seperti sudah lama tidak melihat Luo Zhan sebaik mendengar suara itu. Dia memegang telefon rakannya dan berasa agak malu. Sebaik melihat pandangan mendesak rakannya, dia bersuara, "Aku."

Lu Yihan menyangka Luo Zhan akan memberi reaksi yang berlainan, seperti diam, terus memutuskan talian, atau mengenang masa lalu.

Namun di luar jangkaannya, Luo Zhan menjerit dengan suara yang garau, "Kau siapa?"

Lu Yihan diam seketika sebelum berkata, "Baru beberapa hari tak jumpa. Kau dah tak kenal suara aku?"

Lu Yihan yakin suara yang didengarinya ialah suara Luo Zhan. Lelaki itu tidak kedengaran seperti baru terjaga dari tidur. Mengapa dia tidak mengenali suaranya?

"Apa yang kau merepek… Ah, ini telefon Luo Zhan. Tak guna, aku ingat telefon aku. Kejaap," kata lelaki di sebalik telefon itu sebelum menjerit, "Luo Zhan, kau bodohkah? Kenapa kau tinggalkan telefon kau dalam bilik aku? Jaga kau."

Lu Yihan terdiam dan merasakan percakapan itu agak aneh. Selepas seketika, suara lelaki di sebalik telefon itu kedengaran lebih kuat dan bertanya, "Siapa?"

Ini memang suara Luo Zhan. Selain nadanya, ia tiada beza dengan suaranya yang biasa.

Lu Yihan berasa agak keliru lalu mengejek, "Luo Zhan, kau berlakon dua watak?"

"Luo Zhan sedang tidur. Dia suruh aku tanya siapa kau, baru dia putuskan untuk jawab panggilan ini atau tidak."

Lu Yihan: "..."

Aku dah tak boleh tahan lagi.

Lu Yihan terus memutuskan talian. Selepas beberapa minit, 'Luo Zhan' menelefon kembali. Lu Yihan memandang sekilas nombor pemanggil itu dan melihat nombor Luo Zhan lalu menyerahkan kembali telefon rakan sekerjanya.

Rakan sekerja Lu Yihan sedikit terpinga-pinga dan menjawab panggilan itu. Kemudian kedengaran suara yang seakan mengantuk, "Ini Luo Zhan. Siapa yang telefon tadi?"

Lu Yihan mengeluh. Luo Zhan sudah tua dan sepatutnya matang, tetapi masih berperangai kebudak-budakan. 


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C792
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄