下載應用程式
72.37% Perceraian Ke-99 / Chapter 663: Kenapa Terburu-buru Sangat!

章節 663: Kenapa Terburu-buru Sangat!

編輯: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng mencari pakaian mereka dan menjumpai dua pasang pakaian yang kelihatan seperti baju tidur budak lelaki. Sepasang daripadanya berwarna biru dan bercorak Ultraman manakala sepasang lagi berwarna kelabu dengan corak petak. Li Sicheng melempar corak Ultraman kepada Li Mosen dan corak petak kepada Li Jianqian. "Pakai sendiri. Lelaki kena belajar berdikari." 

Li Mosen yang amat teruja segera mengangguk. Wajahnya kemerahan dan dia memandang Li Sicheng dengan penuh kagum. "Bijaknya Pak Cik. Macam mana Pak Cik tahu ini saya punya dan itu Dasu punya?"

Li Sicheng tidak segera menjawab sebaliknya membantu Li Mosen membutang bajunya. "Kamu nak tahu?"

Li Mosen mengangguk laju sambil merenung Li Sicheng dengan teruja.

Li Jianqian turut memandang Li Sicheng dengan matanya yang hitam bersinar seakan mata ayahnya. Li Sicheng memandang Li Jianqian lalu tersenyum dan bertanya, "Kamu mahu tahu juga?"

Li Jianqian menyedari pandangan Li Sicheng lalu pipinya bertukar sedikit kemerahan. Dia memalingkan wajahnya dan berkata, "Tak sangat."

Li Sicheng berkata sambil tersenyum kecil, "Sebab Dasu anak saya."

Li Mosen berasa kagum mendengarnya lalu mengangguk tanpa sepenuhnya faham. Li Jianqian terkedu dan satu perasaan yang hebat menyelinap dalam hatinya. Disebabkan dia ialah anak Li Sicheng, jadi Li Sicheng tahu yang mana baju tidurnya? Li Jianqian tidak sepenuhnya faham ayat tersebut. Belum sempat dia berfikir panjang tentangnya, Li Sicheng berdiri dan berkata, "Saya keluar dulu. Kamu berdua pakai baju dulu, kemudian boleh bermain. Tidur awal."

"Baik Pak Cik! Selamat malam!"

Li Jianqian tidak berkata apa-apa. Li Sicheng memandang anak lelakinya kemudian memegang kepala Li Mosen. "Jumpa esok."

"Jumpa esok!"

Walau bagaimanapun, ketika Li Sicheng berada di hadapan pintu, Li Jianqian tiba-tiba bersuara, "Kamu belum pakai baju lagi!"

"Baju saya ada di sinikah?" tanya Li Sicheng lalu membuka pintu dan keluar.

"Tut!" Pipi Li Jianqian kemerahan dan dia berasa agak gembira. Kegembiraan itu datang entah dari mana, tetapi moodnya sudah bertukar ceria.

Li Sicheng berjalan ke biliknya dengan hanya memakai tuala. Su Qianci terkejut sebaik membuka pintu lalu terus menarik suaminya ke dalam sebelum menjenguk ke luar. Syukurlah tiada sesiapa di situ. Lelaki ini benar-benar selamba!

Su Qianci menutup pintu, tetapi belum sempat dia berpaling ke belakang, satu tubuh yang hangat memeluknya dari belakang dan membuatkannya menjerit kecil. Li Sicheng memusingkan tubuh Su Qianci lalu menahannya pada dinding dan terus mencium isterinya itu.

Su Qianci bergelut tetapi tidak mampu membuatkan bibir lelaki itu berganjak. Dia terus menolak suaminya itu sambil memandang ke dalam bilik. Li Sicheng tidak menyedari perlakuan isterinya dan tangannya terus meraba di sana sini. Su Qianci malah menggunakan lututnya untuk menolak Li Sicheng, tetapi kekuatan Li Sicheng hanya semakin bertambah sehingga tiada ruang untuk Su Qianci bergelut lagi.

"Mama, saya tak boleh zip!" Kedengaran satu suara yang comel dari dalam bilik itu.

Li Sicheng membuka matanya dan melepaskan isterinya.

Su Qianci menarik nafas lalu menolak suaminya dengan wajah yang kemerahan. "Kenapa terburu-buru sangat!"

Seorang kanak-kanak perempuan dengan pipi merah jambu berlari ke arah mereka bersama baju tidurnya.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C663
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄