下載應用程式
71.72% Perceraian Ke-99 / Chapter 657: Penagih Dadah

章節 657: Penagih Dadah

編輯: EndlessFantasy Translation

"Jing Sao sebenarnya seorang pegawai polis. Dia tanya jika saya mahu sertai dia untuk menyiasat. Saya diberikan dadah oleh Tang Mengying sehingga ketagihan…"

"Kamu jadi penagih?" Li Beixing terkejut dan membeliakkan matanya ke arah Li Sicheng.

Li Sicheng memandang abang sulungnya itu dan mengangguk.

Su Qianci teringat suara-suara yang didengarinya melalui alat pendengar. Kesakitan dan penderitaan Li Sicheng memang benar-benar berlaku! Su Qianci terus memegang tangan suaminya dengan lebih erat dan merasakan hatinya bagai dihiris-hiris.

"Jing Sao berjanji untuk bantu saya hilangkan ketagihan, tetapi dengan syarat saya bantu dia tumpaskan geng pengedaran dadah itu. Saya setuju. Kemudian kami habiskan masa selama enam bulan untuk pulihkan saya. Dengan bantuan dia, saya berlatih dengan pihak polis sambil berpura-pura masih terkurung dan ketagih. Saya kumpul bukti jenayah mereka bersama pihak polis."

Walaupun penceritaannya ringkas, Luo Zhan boleh membayangkan bagaimana dahsyatnya situasi itu. Dia berasa terkejut dan terfikir hanya Li Sicheng boleh melakukannya. Jika dia berada di tempat Li Sicheng, pasti dia sudah mati di dalam kurungan itu.

"Bulan lepas saya cuba bongkarkan maklumat dia dan buat dia bantu saya untuk bekerjasama dengan LS. Dengan cara ini, lebih cepat saya dapat tewaskan TL. Bila TL sudah dilumpuhkan barulah kami dapat gali maklumat yang lebih dalam tentang keluarga Bo. Seperti kami jangka, sebaik saja TL muflis, Syarikat Bo mula mengalihkan barang-barang haram mereka. Tetapi disebabkan itu juga rahsia saya terbongkar."

Semua orang terkejut mendengar kata-kata itu.

"Tapi syukurlah semuanya berakhir dengan baik. Sekarang saya dah kembali." Li Sicheng menggenggam tangan Su Qianci dan cuba menenangkannya. Suaranya perlahan dan lembut. "Semuanya dah baik-baik saja sekarang. Jangan takut."

Kapten Li teringat berita yang ditontonnya pagi tadi lalu bertanya, "Syarikat Bo yang kamu sebut, Alatan Muzik Bo kah? Atuk dengar mereka berjaya larikan diri. Apa yang perlu kita lakukan sekarang?"

Pandangan Li Sicheng menjadi dalam dan dia berkata, "Itu akibatnya apabila rahsia saya terbongkar. Jika kami masih ada masa sehingga dua minggu atau sebulan, kami pasti dapat tangkap mereka semua. Tindakan kami agak terlalu awal dan terburu-buru. Pihak atasan mereka berjaya larikan diri, tetapi mereka alami kesukaran untuk lindungi diri mereka dan tak akan kembali dalam masa terdekat."

Lebih penting lagi, dia sudah menyediakan perangkap buat mereka. Apabila mereka sudah tidak mampu menunggu lagi dan mengaktifkan perangkapnya, orang-orang yang telah diatur olehnya akan dapat menangkap mereka pada bila-bila masa sahaja. Li Sicheng yakin rancangannya akan berhasil. Pandangannya menjadi dalam ketika dia memikirkan perkara itu.

Qin Shuhua menangis dan memukul suaminya. "Sicheng dah menderita sebegitu banyak di luar sana, tapi kamu masih nak pukul dia. Ayah jenis apa kamu ni?"

Li Xiao hanya mengeluh tanpa berkata apa-apa.

Liu Sao hampir selesai menyiapkan hidangan makan malam dan tidak tahu perkara yang dibincangkan oleh mereka di ruang tamu. Apabila merasakan suasana yang tegang itu, dia berkata, "Mari makan. Boleh sesiapa panggil budak-budak itu?"

"Jadi kamu tak akan kembali lagi ke sana?" Li Xiao bertanya.

Li Sicheng menggeleng. "Tidak. Perkara lain boleh diuruskan oleh pihak polis. Saya sudah tak ada apa-apa kaitan."

"Baguslah. Mari makan!" Li Xiao berdiri dan kesemua mereka pergi ke meja makan.

Su Qianci membawa anak-anaknya ke meja makan. Wajah Li Jianqian kelihatan tidak puas hati. Lebih-lebih lagi apabila melihat Li Sicheng duduk di sebelah Su Qianci, dia berasa semakin menyampah.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C657
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄