下載應用程式
71.5% Perceraian Ke-99 / Chapter 655: Keluar dari Tubuh Saya

章節 655: Keluar dari Tubuh Saya

編輯: EndlessFantasy Translation

Su Qianci dan Li Sicheng mendengar kata-kata Li Jianqian itu. Su Qianci terkejut tetapi Li Sicheng hanya tersenyum sinis seakan sudah menjangkakannya.

"Kamu tak mahu masuk ke dalam dan cuba pujuk dia?" Ini kali pertama Su Qianci melihat anak lelakinya semarah itu. Jelas ia disebabkan oleh Li Sicheng. Jika suaminya tidak masuk sekarang, mungkinkah anaknya itu akan bertambah benci ayahnya ini? Su Qianci berasa agak tertekan memikirkan perkara itu. Dia tahu Li Jianqian menyukai Lu Yihan tetapi tidak menyangka sehingga tahap ini. Boleh dikatakan Li Jianqian telah menganggap Lu Yihan sebagai ayahnya. Li Sicheng hanya muncul selepas empat tahun berbanding Lu Yihan yang telah ada sejak dia lahir. Li Jianqian juga amat degil. Apa yang akan berlaku jika dia tidak dipedulikan begitu?

Li Sicheng tidak kisah tentang itu. Dia melihat riak wajah isterinya yang risau lalu memeluk pinggang Su Qianci dan berbisik, "Saya ada helah tersendiri. Budak itu anak lelaki saya, saya lebih faham perangai dia daripada kamu."

"Ha, kamu mana kenal dia." Su Qianci menolak suaminya dan berfikir Li Sicheng hanya cuba menenangkan hati sendiri.

Li Sicheng membelai rambut isterinya sambil ketawa kecil. "Mana boleh saya tak kenal dia? Dia keluar dari tubuh saya juga."

Pipi Su Qianci berubah kemerahan lalu dia memukul suaminya. "Tak malu!"

Li Sicheng menangkap tangannya dan menolaknya ke dinding. Kemudian dia menyentuh paha isterinya itu dan berbisik di telinganya, "Saya boleh jadi lebih tak malu, kamu tahu…"

Wajah Su Qianci menjadi panas dan jantungnya berdegup kencang. "Jangan main-main. Kita ada di luar. Budak-budak tak boleh tengok kita macam ni."

Li Sicheng ketawa lalu memaut pinggang isterinya dan berjalan ke ruang tamu bersama-sama. Ketika itu, mereka mendengar suara Li Jinnan. Li Sicheng sudah lama tidak bertemu adiknya itu. Langkahnya bertambah laju sebaik mendengar suaranya. Sebaik tiba di ruang tamu, Li Sicheng terkejut dan berasa gementar.

Li Xiao dan Li Beixing turut ada di situ. Kelihatannya mereka baru sahaja tiba. Mendengar seseorang datang, Li Xiao dan Li Beixing berpaling serentak. Li Beixing sangat terkejut seperti melihat hantu. Li Xiao turut kelihatan bingung. Dia melihat senyuman Su Qianci dan berasa seakan tidak percaya.

Li Beixing segera menghampiri Li Sicheng lalu menyentuhnya dan berteriak, "Ya Tuhan, kau masih hidup!"

Su Qianci dan Li Sicheng tersenyum. Li Sicheng berkata, "Abang Long, Ayah, Jinnan, saya dah kembali." Suara yang dikenali, wajah yang dikenali, perbezaannya hanyalah lelaki ini jauh lebih kurus berbanding beberapa tahun lalu. 

Li Beixing ketawa dengan kuat dan terus memeluk adiknya itu. Dia amat teruja dan berkata, "Adik abang! Memang kamu!"

Li Xiao hanya memerhati sebelum melangkah ke arah Li Sicheng bersama topi tentera di tangannya. Matanya sedikit kemerahan. Setelah empat tahun tidak bertemu anaknya itu, rambut Li Xiao kini telah beruban sedikit dan wajahnya kelihatan lebih tua.

Li Sicheng merasakan hatinya pedih. Dia memandang Li Xiao dan menolak Li Beixing dengan lembut sambil memanggil, "Ayah…"

Li Xiao menghampiri lalu memegang lengan Li Sicheng sebelum mengangguk. "Kamu dah balik?" Kesedihan yang mendalam dapat didengari dalam suaranya walaupun ia cuba disembunyikan.

Li Sicheng mengangguk dan mahu berkata sesuatu ketika ayahnya tiba-tiba berteriak, "Melutut!"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C655
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄