下載應用程式
53.49% Perceraian Ke-99 / Chapter 490: Mimpi Tentang Lebih 20 Tahun Lalu

章節 490: Mimpi Tentang Lebih 20 Tahun Lalu

編輯: EndlessFantasy Translation

Angin Rong Xuan kelihatan tidak baik dan Rong Anna hanya dapat melihat belakangnya. Rong Xuan terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu.

Hanya Tuhan yang tahu kenapa! Sejak bertahun-tahun, Rong Anna merasakan Rong Xuan seperti hidup di dalam dunianya sendiri. Ibunya itu tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa dan menghalang sesiapa daripada masuk ke dalam dunianya, termasuklah suami dan dia sebagai anaknya sendiri. Rong Anna tidak menghiraukannya lalu duduk dan menyambung permainannya.

Rong Xuan merebahkan dirinya ke atas katil. Lehernya masih terasa sakit. Sebaik sahaja tubuhnya digerakkan, dia merasakan kesakitan yang teramat. Dia mencapai cermin di atas meja sisi dan melihat kesan lebam yang jelas pada lehernya. Ini dilakukan oleh Rong Haiyue. Lelaki yang sentiasa mahu mengambil hatinya dan membuatkannya terus berada di sisinya itu yang melakukan ini. Lelaki itu memang mahu membunuhnya. Hati Rong Xuan terasa amat kosong, seolah-olah ada sesuatu yang keluar dari hatinya yang telah kosong selama lebih 20 tahun itu, secara senyap dan perlahan.

Dia merenung siling dan melihat wajah Rong Haiyue yang tersenyum dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang. Lelaki itu berada di bawah telunjuknya selama lebih 20 tahun. Selepas seketika, Rong Xuan ketawa. "Dia layak menerimanya."

*****

Rong Xuan tidak tahu sudah berapa lama dia tidak bermimpi perkara itu. Dalam mimpinya, dia sedang memakai gaun pengantin dan duduk di atas katil dengan malu-malu. Tukang risik di pekan itu tidak henti-henti bercakap dengannya sejak awal pagi dan mengajarnya tentang pelbagai perkara. Rong Xuan tersenyum malu. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada merasa bahagia apabila memikirkan akan berkahwin dengan lelaki itu. Akhirnya mereka akan bersama. Walaupun mereka masih belum dapat membuat sijil kahwin, itu bukan masalah besar.

Walau bagaimanapun, satu susuk tubuh tiba-tiba muncul di tepi tingkap. Rong Xuan menyangka dia hanya berimaginasi, tetapi sebaik mendengar suaranya, dia menyedari ia adalah seseorang yang dikenalinya. Lelaki itu berjaya menemuinya! Apa reaksi Rong Xuan ketika itu? Dia berasa seakan terjatuh ke dalam lubang ais, seluruh tubuhnya terasa dingin luar dan dalam. Dia tidak mampu bergerak. Tukang risik itu masih tidak henti bercakap, tetapi Rong Xuan berbohong kepadanya dan memberitahu dia mahu mencari sesuatu dan akan kembali.

Rong Haiyue membawanya ke tepi sungai. "Mari ikut saya balik, Rong Xuan. Mama dah tak banyak masa. Dia hanya mahu tengok saya berkahwin. Marilah balik dengan saya dan tunaikan permintaan terakhir dia, okey?"

Rong Xuan sudah lupa apa yang dikatakannya dan ayat apa yang membuatkan kemarahan Rong Haiyue meledak. Berdekatan mereka terdapat jalan yang baru sahaja dibaiki dan satu padang rumput yang tidak terurus. Rong Haiyue menariknya ke bahagian lalang yang panjang. Rong Xuan menjerit jangan. Namun setiap perkataan "Abang" yang dijerit Rong Xuan hanya membuatkan Rong Haiyue lebih marah. Dia terus menusuk ke dalam bahagian sulit wanita itu. Apabila menyedari Rong Xuan sudah tiada dara, kemarahannya semakin membuak.

"Xuan!" Kedengaran suara Song Yifan yang datang mencarinya.

Rong Haiyue mencekik leher Rong Xuan dan menggertakkan giginya. "Jeritlah. Tunjuk kepada dia apa yang kamu sedang lakukan dan tengok sama ada dia masih mahukan kamu."

Rong Xuan tidak berani mengeluarkan suara. Rong Haiyue juga tidak bergerak. Kedua-dua mereka menahan nafas. Selepas Song Yifan berlalu dari situ, Rong Haiyue terus merogol Rong Xuan dengan marah. Selepas selesai, Rong Xuan terkulai lemah tidak bermaya.

Apabila Rong Xuan cuba melarikan diri sambil menangis, dia berjaya ditangkap kembali oleh Rong Haiyue dan disumbat ke dalam kereta yang dipinjam lelaki itu. Rong Haiyue mengikatnya dan memandu ke ibu kota. Di sana, dia mengurung Rong Xuan di dalam sebuah gudang. Jika wanita itu patuh, dia akan berlembut. Apabila wanita itu cuba melawan, dia akan memaksanya untuk mengikuti arahannya. Rong Haiyue berkata, "Beri aku anak supaya Mama aku boleh pergi dengan tenang, okey?"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C490
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄