下載應用程式
47.27% Perceraian Ke-99 / Chapter 433: Saya Okey. Jangan Risau

章節 433: Saya Okey. Jangan Risau

編輯: EndlessFantasy Translation

"Jangan datang dekat atau aku akan bunuh dia!" Nada suara lelaki itu berubah tiba-tiba tetapi Su Qianci masih merasakan seperti suara itu pernah didengarinya. Tetapi Su Qianci tidak berkata apa-apa. Kemungkinan bahawa dia mengenali lelaki itu tidak mengurangkan rasa takutnya. Su Qianci dibawa pergi dari orang ramai itu ke jalan yang gelap dengan pisau masih diacukan ke lehernya.

Pihak polis dan Li Sicheng berada sejauh 300 meter dari mereka. Tiba-tiba Su Qianci melihat cahaya lampu kereta dan bunyi enjin. Bunyi itu datang dari sebuah kereta sport. Semua mata tertumpu kepada kereta itu. Su Qianci dapat merasakan penjenayah yang memegangnya mula berasa lega. Kereta sport iti berhenti di tepi mereka. Su Qianci mendengar bunyi pintu kereta dibuka dan suara seorang wanita, "Masuk."

Suara itu pernah didengarinya! Su Qianci masih tidak dapat memikirkan siapa orangnya ketika penjenaya itu melepaskannya dan masuk ke dalam kereta. Kereta sport itu sangat cantik dan kelihatan seperti telah disembur dengan corak graffiti yang seolah satu lambang. Adakah kereta itu dihias sebegitu untuk menganggu penglihatan polis? Su Qianci cuba melihat nombor pendaftaran kereta itu sebelum mendapati ia telah ditutup. Polis-polis tadi cuba mengejar sepantas yang boleh, tetapi mereka tidak mampu menandingi kereta sport itu.

"Dia berjaya larikan diri lagi!" Polis wanita tadi menjerit.

Li Sicheng bergegas ke arah Su Qianci untuk memeriksa keadaannya. Dia memegang wajah isterinya itu dan berkata, "Kamu tak apa-apa?"

Su Qianci dapat merasakan tangan Li Sicheng menggeletar. Dia memegang tangan suaminya itu dan memeluk Li Sicheng erat. "Saya okey. Jangan risau."

Li Sicheng melepaskan nafas lega dan ketawa kecil. Sekarang Su Qianci pula yang menenangkannya. Dia mengangkat isterinya dan berjalan ke arah kereta mereka. Li Jinnan telah membawa kereta itu awal-awal lagi dan bersedia untuk mengejar kereta penjenayah andai mereka melarikan Su Qianci. Apabila melihat Li Sicheng datang sambil mendukung Su Qianci, dia menghembus nafas lega dan membuka kunci pintu kereta.

Li Sicheng meletakkan Su Qianci ke dalam kereta dengan berhati-hati dan bertanya, "Kamu cedera?"

"Tak, tapi.." Su Qianci berhenti seketika sebelum menyambung, "Saya rasa macam pernah dengan suara mereka. Lelaki dan wanita itu. Saya mesti pernah dengar mereka berbual di mana-mana."

Pandangan Li Sicheng menjadi tajam. "Kamu kenal mereka?"

"Rasanya tak, tapi saya pasti saya pernah dengar suara mereka. Sebab itulah saya rasa lega apabila lelaki itu kata dia tak akan cederakan saya."

"Hebat," kata Li Jinnan sambil mengisyaratkan bagus dengan ibu jarinya. "Kamu dapat agak siapa mereka?"

"Tak."

Li Sicheng masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. "Tak kira siapa mereka, cuba elak dari bertemu mereka. Seludup dan jual dadah adalah jenayah berat."

"Faham," kata Su Qianci lalu bersandar pada lengan Li Sicheng dan menutup matanya. "Saya sangat letih. Saya nak tidur sekejap."

Li Sicheng membetulkan kedudukannya supaya Su Qianci dapat meletakkan kepala di atas pangkuannya. Dia membelai rambut isterinya itu dan berasa tenang kembali. Pada masa yang sama, dia terfikir perkara buruk yang mungkin berlaku kepada isterinya tadi. Mujurlah Su Qianci tidak diapa-apakan. Li Sicheng berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak sesekali membawa isterinya ke tempat seperti itu lagi.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C433
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄