下載應用程式
43.34% Perceraian Ke-99 / Chapter 397: Jangan Panggil Saya Dengan Nama Itu

章節 397: Jangan Panggil Saya Dengan Nama Itu

編輯: EndlessFantasy Translation

Selepas beberapa ketika, perlahan-lahan Su Qianci mengangkat selimutnya dan turun dari katil itu. Li Sicheng tidak terjaga dan masih tidur nyenyak. Hati Su Qianci terasa pedih. Lelaki itu pasti tidak tidur semalaman kerana mencarinya. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh berterusan. Dia tidak boleh berada di sisi lelaki itu selama-lamanya…

Su Qianci menyarung selipar dan jaketnya lalu membuka pintu dan berjalan keluar. Dia masih berasa risau. Rong Haiyue adalah orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Hatinya tidak tenang selagi tidak melihat keadaan lelaki itu. Su Qianci bertanya kepada seorang jururawat di mana bilik Rong Haiyue. Setelah mengetahuinya, dia berjalan ke bilik itu dan tiba-tiba terserempak dengan seorang wanita yang berjalan ke arahnya.

Wanita itu kelihatan anggun dan bergaya. Dia memakai baju qipao panjang berwarna hijau dan kot berbulu manakala rambutnya disanggul kemas. Solekan dan postur badannya sangat sempurna. Dia kelihatan seperti seorang wanita yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Walau bagaimanapun, perkara yang menarik perhatian Su Qianci bukanlah keanggunannya, tetapi wajahnya. Su Qianci telah melihat wajah itu sebanyak beberapa kali.

Rong Xuan. Cinta hati Song Yifan dan Sheng Ximing.

Satu-satunya perkara yang diingati Su Qianci tentang wanita itu adalah gambarnya di dalam dompet Song Yifan. Gadis muda remaja yang tersenyum gembira. Su Qianci tidak menyangka dia akhirnya akan melihat wanita itu dengan matanya sendiri. Sebaik melihat Su Qianci, wanita itu turut kelihatan terkejut. Dia jelas mengetahui siapa Su Qianci. Tetapi Rong Xuan hanya mengangguk seolah-olah tidak mengenalinya dan berjalan melepasi Su Qianci dengan kasut tumit tingginya. Ketika mereka berselisih, fikiran Su Qianci dipenuhi dengan pelbagai perkara. "Rong Xuan!" Ia jelas bukan soalan.

Langkah Rong Xuan terhenti dan dia berpaling ke arah Su Qianci. 

Su Qianci menyangka Rong Xuan akan bertanya: bagaimana kamu tahu nama saya?

Atau: kamu kenal sayakah?

Atau mungkin: siapa kamu?

Walau bagaimanapun, di luar jangkaannya, Rong Xuan hanya menjelingnya tajam dan berkata dengan nada dingin, "Jangan panggil saya dengan nama itu. Menjijikkan." Kemudian wanita itu berjalan pergi.

Su Qianci kebingungan dan hanya merenung belakang Rong Xuan dengan pandangan tidak percaya. Rong Xuan membelok di selekoh dan hilang dari pandangannya. Wanita itu sangat dingin. Tidak seperti Li Sicheng, kedinginan wanita itu seolah menyerlahkan kejahatan. Kejahatan itu bak pisau tajam yang menghiris segala harapan tidak realistik Su Qianci terhadap ibunya. Ron Xuan adalah ibunya. Ia memang jelas jika dilihat daripada wajah mereka yang teramat mirip. Namun, kenapa wanita itu melayannya sebegitu? Selepas beberapa saat, Su Qianci mula sedar dia telah bertindak dengan sangat bodoh.

Dia sepatutnya bertanya kepada Rong Xuan kenapa dia meninggalkan Song Yifan, kenapa dia melarikan diri, kenapa dia mengabaikan anaknya Su Qianci, kenapa dia membuatkan Su Qianci mengahwini Li Sicheng dan kenapa Su Qianci dihantar kepada keluarga Su…

Fikirannya dipenuhi dengan seribu persoalan. Dia mula menyesal kerana terlupa semua soalan itu selepas mendengar kata-kata Rong Xuan. Su Qianci berlari dan mencari Rong Xuan di sebalik orang ramai di hospital itu. Walau bagaimanapun, Rong Xuan langsung tidak kelihatan lagi. 


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C397
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄