下載應用程式
40.72% Perceraian Ke-99 / Chapter 373: Cinta yang Setia

章節 373: Cinta yang Setia

編輯: EndlessFantasy Translation

Apabila kereta polis itu telah jauh, Su Qianci memegang tangan Li Sicheng dengan gembira. "Kamu yang rancang semua ini? Kamu hebat!"

Li Sicheng ketawa kecil dan memegang lengan Su Qianci. "Jom."

"Ke mana?"

"Hari jadi Atuk dah hampir tiba. Kita patut belikan dia hadiah."

Mata Su Qianci terkebil-kebil. Hari jadi ke-70 Atuk tiba setengah bulan selepas solstis musim sejuk. Hanya kurang dari 10 hari lagi dan dia langsung terlupa tentangnya. "Apa yang patut kita beli untuk Atuk?"

Pada kehidupan lalu, Li Sicheng telah menghadiahkan Kapten Li loket jed yang jarang ditemui. Loket itu mempunyai ukiran pokok pain dan burung kakak tua yang melambangkan panjang umur dan kemuliaan. Kapten Li sangat gembira apabila menerima hadiah itu. Sedangkan Su Qianci telah menghadiahkan Kapten Li lukisan minyak yang telah menyebabkan dia dimalukan oleh Tang Mengying dan semua orang. Walaupun Atuk tidak berkata apa-apa, Su Qianci dapat melihat dia tidak menyukai hadiahnya itu. Selepas kejadian itu barulah dia tahu apa yang disukai Atuk. Sebagai seorang lelaki Cina, Atuk sangat patriotik dan tidak pernah menyukai produk Barat.

Li Sicheng mencubit pipi Su Qianci. "Apa yang kamu sedang fikir?"

Su Qianci menggelengkan kepalanya. Dia tidak dapat mengelak daripada berasa kecewa sebaik teringat kehidupannya yang lalu. Li Sicheng memandu keretanya dan membawa Su Qianci ke pusat membeli-belah. Tempat itu tidak terlalu sesak. Semua orang yang membeli-belah di situ berpakaian mewah. Li Sicheng membawanya ke tingkat paling atas dengan menaiki lif lalu masuk ke sebuah kedai jed. Sebaik melihat Li Sicheng, pemilik kedai itu menghampiri mereka dan menyapa, "Encik Li."

"Pesanan saya dah siap?"

"Ya. Kami buat berdasarkan rekaan yang Encik bagi. Ini dia." Pemilik itu tunduk dan mengambil satu kotak daripada peti besinya. Kotak itu dikunci dan pemilik itu menggunakan kunci untuk membukanya. Sebaik ia dibuka, Su Qianci terus melihat benda di dalamnya. Seperti dijangka, ia adalah loket jed seperti kehidupannya yang lalu.

Pemilik kedai itu mengeluarkan loket itu dengan berhati-hati kerana takut ia akan tercalar. Jed itu berwarna hijau zamrud dan sangat jernih. Lebih mengujakan lagi, loket itu langsung tiada cela. Ia hanya sebesar separuh tapak tangan. Teksturnya sangat bagus sehingga ia seolah-olah akan mengeluarkan air apabila dipicit. Ukiran pokok pain jelas kelihatan dan daunnya menyerlahkan warna hijau jed itu. Pada dahan pokok pain itu, terdapat ukiran seekor burung kakak tua. Di bawah pokok pain itu, kelihatan kolam dan pokok ginseng yang melambangkan panjang umur. Ia adalah hadiah yang sempurna buat seorang lelaki tua. Hadiah itu sangat sukar ditemui dan bernilai tinggi.

Li Sicheng sangat berpuas hati. "Boleh kamu bungkuskannya untuk saya?"

"Dah tentu." Pemilik kedai itu teruja dan terus membungkus loket jed itu dengan berhati-hati sebelum menyerahkannya kepada Li Sicheng. Li Sicheng membayar dengan kadnya sebelum menyedari Su Qianci sedang merenung sepasang angsa. Angsa itu tidak diperbuat daripada jed, tetapi emas 18k. Ukiran angsa itu sangat halus dan ia dihiasi dengan berluan dan jed. Ia kelihatan sangat cantik di bawah cahaya yang menyinarinya.

"Kamu sukakannya?" Li Sicheng menghampiri Su Qianci dan melihat angsa itu.

Sebagai seorang peniaga yang bijak, pemilik itu terus mengeluarkan angsa yang dilihat Su Qianci dan berkata, "Ini pasangan angsa. Angsa adalah simbol kepada kesetiaan. Angsa hanya akan ada satu pasangan sepanjang hidupnya sehingga ia mati. Jika salah satu daripada mereka mati, pasangannya akan hidup sendiri."


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C373
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄