下載應用程式
40.5% Perceraian Ke-99 / Chapter 371: Jangan Cuba Nafikannya Lagi

章節 371: Jangan Cuba Nafikannya Lagi

編輯: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng tiada di katil apabila Su Qianci bangun keesokan paginya. Dia menguap sambil menggeliat. Selesai mandi, dia turun ke tingkat bawah dan melihat Nenek Rong telah menyediakan sarapan. Li Sicheng berjalan masuk dengan berpakaian biasa. Anginnya kelihatan seperti sedang baik.

Su Qianci yang sedang bersarapan menoleh ke arahnya dan bertanya, "Mana kamu pergi?"

"Ke belakang." Li Sicheng membasuh tangannya lalu duduk berhadapan isterinya. Dia meminum susu dari gelasnya kemudian berkata, "Nanti saya nak bawa kamu tengok satu pertunjukan hebat."

"Pertunjukan apa?"

"Sarapan dulu."

Jika Li Sicheng mengatakan pertunjukan itu hebat, pasti ia memang hebat. Su Qianci cepat-cepat menghabiskan roti dan susunya sebelum bertanya dengan tidak sabar, "Saya dah habis makan. Mana pertunjukan itu?"

Li Sicheng mengunyah perlahan dan menyapu kesan susu di hujung bibir isterinya. "Tak perlu tergesa-gesa. Tunggu lagi dua minit."

Su Qianci menunggu dengan sabar. Selepas menghabiskan susunya, Li Sicheng melihat jam tangannya dan berkata, "Okey. Jom pergi." Dia membawa Su Qianci ke rumah di belakang rumah mereka, di mana Tang Mengying sepatutnya berada.

Ketika menghampiri rumah itu, mereka melihat dua kereta polis dan dua kereta mewah diletakkan di hadapan pagarnya. Mata Su Qianci terbeliak. Jantungnya terasa tersekat di kerongkongnya. Dia memicit tangan Li Sicheng dan bertanya, "Apa patut kita buat? Mereka akan tahukah? Kenapa mereka datang ke sini?"

"Jangan bimbang. Ini sebahagian daripada rancangan saya," kata Li Sicheng sambil mengelus rambut Su Qianci. "Jangan tunjuk riak wajah mencurigakan dan tenang saja."

Su Qianci berasa takut dan memandang Li Sicheng dengan penuh kerisauan. Melihat wajah Su Qianci, Li Sicheng senyum dan terus berjalan sambil memaut bahu isterinya itu.

Salah seorang anggota polis melihatnya menghampiri mereka lalu terus melihat fail di tangannya. "Kamu Li Sicheng?"

"Ya."

"Kami syak kamu ada kaitan dengan satu kes culik. Ini warannya."

Li Sicheng menjeling waran itu dan mengangkat sebelah keningnya. "Jadi, kamu ada jumpa apa-apa?"

Polis itu tidak menyangka Li Sicheng akan sebegitu tenang. Dia memandangnya sambil berkata, "Pencarian masih dijalankan. Jika ada apa-apa bukti dijumpai, kamu akan berdepan hukuman."

Sebaik sahaja dia selesai berkata-kata, beberapa orang polis lain keluar dari rumah itu dengan diikuti oleh pasangan Tang.

"Tuan, tiada sesiapa di dalam."

Puan Tang terus menangis dan menjerit sebaik melihat Li Sicheng. "Li Sicheng, kau budak sial! Mana kau sembunyikan anak aku? Bagi dia balik kepada aku!" Kemudian dia terus cuba menerkam Li Sicheng.

Li Sicheng segera melindungi Su Qianci dan berundur sambil merenung Puan Tang dengan dingin. Beberapa orang polis sempat menghentikan Puan Tang.

Mana kau sembunyikan anak aku? Bagi dia balik kepada aku!" Puan Tang menjerit seperti wanita gila.

Tang Zhenghao memandang Li Sicheng dan berkata dengan marah, "Li Sicheng!"

"Pak Cik Tang, rasanya saya tak ada buat apa-apa kesalahan. Kenapa kamu tuduh saya culik anak kamu tanpa sebarang bukti?"

"Dah tentulah kami ada bukti! Aku ada!" Puan Tang bergelut dan melepaskan diri daripada polis-polis itu, lalu mengeluarkan telefonnya. Kemudian dia memainkan video yang telah dirakam oleh penyiasat peribadi mereka kepada semua orang.

Dalam video itu, wajah Li Sicheng sangat jelas, begitu juga pergerakan bibirnya. Walau bagaimanapun, wajah Su Qianci tidak termasuk.

Li Sicheng dengan riak wajah yang langsung tidak berubah hanya ketawa sinis melihat video itu.

Puan Tang berasa sedikit gementar dan berkata dengan marah, "Kenapa kau ketawa? Ini buktinya! Jangan cuba nafikannya lagi!"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C371
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄