下載應用程式
40.28% Perceraian Ke-99 / Chapter 369: Diekori

章節 369: Diekori

編輯: EndlessFantasy Translation

"Mereka orang-orang Tang Zhenghao." Li Sicheng memegang lengan Su Qianci dan menyambung, "Tenang, mereka cuma penyiasat. Kita selamat."

"Mereka sedang cari Tang Mengying?"

"Kemungkinan besar."

"Kamu dah pindahkan dia?"

Li Sicheng telah meletakkan rumah di Jiang Zhou atas nama Tang Mengying. Jika mereka mencari wanita itu, mereka pasti sudah pergi ke rumah tersebut. Disebabkan mereka sedang mengekori Li Sicheng, ia bermakna mereka gagal menjumpai sesiapa di rumah itu.

"Ya, saya dah pindahkan dia ke satu tempat berhampiran rumah kita."

"Oh tidak. Rumah di belakang kita kah?

"Ya."

Su Qianci menarik nafas dalam. "Kamu tak takut mereka akan cari dia di situ? Mereka tak bodoh. Dah tentu mereka tahu rumah di sebelah rumah kita itu milik kamu juga."

"Bahaya boleh dicegah dengan mengambil lebih banyak risiko," kata Li Sicheng sambil mengelus rambut isterinya. Su Qianci mengebilkan mata, tidak faham maksud suaminta itu. Li Sicheng menghampirinya dan berkata, "Mereka dah geledah rumah itu dan tak akan kembali dalam masa terdekat. Tambahan lagi, saya dah pasang perangkap di rumah itu."

"Perangkap?" Su Qianci merenungnya dengan mata terbeliak.

Bagaimana Li Sicheng boleh memasangnya?

"Baru saja dipasang. Rong Rui yang bantu saya," jelas Li Sicheng.

"Jadi Rong Rui boleh diharap juga. Tapi bukankah dia pembantu Tang Mengying? Kenapa dia bantu kamu?"

"Dia di pihak saya sekarang."

Su Qianci semakin terkejut. "Kamu rasuah dia?" Dia masih ingat lelaki itu mempunyai sikap baran yang aneh. Dia tidak yakin Rong Rui boleh dibeli semudah itu.

"Cheng You yang uruskan dia."

"Cheng You?"

Adakah Cheng You dan Rong Rui masih akan bersama pada kehidupan kali ini? Semakin dia memikirkannya, ia kelihatan semakin masuk akal. Pada kehidupan lalu, Rong Rui melayan Cheng You dengan penuh rasa hormat. Malah anak perempuan mereka sangat comel. Disebabkan Cheng You sentiasa sibuk dengan kerja, Rong Rui selalu mendandan anaknya seperti seorang puteri. Mereka adalah keluarga yang sangat bahagia.

"Okey, kita dah sampai." Li Sicheng membawa Su Qianci masuk ke restoran itu. Pelayan di situ segera mengenali mereka lalu membawa mereka ke bilik persendirian yang sangat cantik. Su Qianci memesan bubur makanan laur. Disebabkan ia dibuat selepas dipesan, setengah jam kemudian barulah bubur itu dihidangkan. Su Qianci memesan beberapa hidangan ringan sementara menunggu, jadi dia telah hampir kenyang apabila bubur mereka tiba. Walau bagaimanapun, dia mendapati bubur itu amat sedap sehingga memesan semangkuk lagi. Akhirnya mereka berada di restoran itu selama lebih satu jam. Disebabkan makan terlalu banyak, Su Qianci berasa tubuhnya menjadi berat lalu bersandar kepada Li Sicheng. Li Sicheng terpaksa memapahnya sewaktu mereka mahu keluar.

Tiba-tiba mereka bertembung dengan seseorang yang tidak dijangka.

"Restoran ini baru, tapi tukang masaknya hebat. Kalau datang ke Kingstown, Tuan patut cuba semua menu istimewa di sini. Jika tidak, perjalanan Tuan akan jadi sia-sia." Seorang lelaki gemuk separuh usia sedang mengiringi seorang lelaki yang kelihatan gagah dan tinggi masuk ke dalam restoran. Lelaki yang gagah dan tinggi itu memakai pakaian biasa. Sebaik sahaja melihat Li Sicheng, matanya terus mengecil. Kemudian dia memandang ke arah Su Qianci di sebelah. Su Qianci yang menyedari pandangan itu mendongak ke arahnya. Lelaki pertengahan usia itu kelihatan dingin dan tegas serta memiki pandangan mata yang tajam. Riak wajahnya itu bukan disengajakan, tetapi sudah menjadi kebiasaannya. Su Qianci kemudian teringat lelaki itu pernah menjadi tentera.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C369
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄