下載應用程式
30.56% Perceraian Ke-99 / Chapter 280: Aku… Rogol Dia

章節 280: Aku… Rogol Dia

編輯: EndlessFantasy Translation

Kemudian, Li Sicheng bangun dari katil itu. Hatinya terasa pilu apabila Su Qianci jelas lega dengan tindakannya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkannya. Sambil menggenggam tangannya, Li Sicheng mengemas bahan-bahan kerjanya dan meninggalkan bilik itu. Sebaik sahaja dia pergi, Su Qianci merasakan seolah-olah kesemua tenaganya hilang dan dia rebah ke atas bantal.

Su Qianci tidur di bilik kerja pada dua hari berikutnya dan ponteng kesemua kelasnya. Selepas Nenek Rong melaporkan keadaannya kepada rumah lama, Qin Shuhua datang melawat Su Qianci, datuk menelefon Li Sicheng dan memarahinya, manakala Li Xiao menghantar banyak hadiah sebagai tanda meminta maaf.

Li Sicheng pula tidak balik ke rumah selama dua hari itu dan bekerja sepanjang malam di pejabatnya. Disebabkan bos mereka itu tidak balik ke rumah, seluruh warga syarikat terpaksa bekerja sehingga lewat malam bersamanya. Tetapi walaupun dia sibuk dengan kerja, hati Li Sicheng berada di tempat lain. Dia menyangka jika dia tidak melihat Su Qianci, perasaan bersalahnya akan berkurangan. Namun, semakin lama dia menjauhkan diri daripada isterinya itu, hatinya semakin terseksa. Kali ini dia telah tersilap.

Jam telah menunjukkan pukul sembilan malam dan Li Sicheng masih bekerja sewaktu dia menerima panggilan Ou Ming. Ou Ming kedengaran kecewa. "Sicheng, mari minum dengan aku."

"Okey."

It was rare for Li Sicheng to agree so quickly, so Ou Ming was quite surprised.

Ou Ming agak terkejut kerana jarang sekali Li Sicheng bersetuju sepantas itu.

Li Sicheng yang sedang memegang segelas wiski menaikkan sebelah keningnya sebaik melihat Ou Ming.

"Kau lewat."

Mata Ou Ming terbeliak melihatnya. "Biasanya kau yang lewat. Aku selalu terpaksa ambil masa yang lama untuk pujuk kau sertai aku. Apa jadi hari ini? Mood kau tak baik?"

Li Sicheng mencebikkan bibirnya tanpa menajwab dan terus menghirup minumannya. Ou Ming terus dapat memahami perkara yang mungkin telah berlaku lalu melepaskan satu keluhan. "Kita sama-sama menderita." Dia mendapatkan segelas minuman daripada pelayan lalu menghirupnya sebelum bertanya, "Apa jadi dengan kau? Isteri kau tolak lagi untuk seks?"

Li Sicheng merenungnya tajam dan meneguk habis minumannya. Sambil tersenyum pahit, dia berkata, "Aku rogol dia."

Ou Ming tersedak minumannya dan merenung Su Qianci seolah-olah melihat hantu. Dia berkata dengan terkejut, "Celaka, betulkah?"

Li Sicheng tidak menjawab sebaliknya mengisi gelasnya kembali dengan wiski.

"Wah, bukankah kau lelaki sejati? Apa yang berlaku? Walaupun dia isteri kau, tapi itu dah melampau," kata Ou Ming sedikit jengkel. Dia sendiri tidak pernah memaksa mana-mana perempuan. Lagipun dia ada beribu cara untuk membuat perempuan yang merayu kepadanya.

Li Sicheng mencebikkan bibir dan mengisi gelasnya lagi. Bibirnya kelihatan merah di bawah pengaruh alkohol.

Ou Ming agak terkejut melihat perbuatannya lalu merampas gelas itu daripada Li Sicheng. "Berapa banyak kau nak minum? Sudahlah!"

Li Sicheng yang agak mabuk bertanya kepada Ou Ming, "Apa patut aku buat? Dia takut kepada aku."

"Memanglah bodoh…" Ou Ming berkata jengkel. "Kau dah rogol dia!"

"Bukan sebab itu…" Isterinya itu memang sentiasa takut kepadanya selama ini. Ketakutan itu seakan telah menjadi darah dagingnya.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C280
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄