下載應用程式
29.8% Perceraian Ke-99 / Chapter 273: Terlalu Mabuk

章節 273: Terlalu Mabuk

編輯: EndlessFantasy Translation

Suara tercungap-cungap dan jeritan Su Qianci yang didengarinya melalui panggilan itu… kedengaran sama seperti bunyi yang dibuat oleh isterinya itu ketika mereka melakukan seks. Kemarahan Li Sicheng terus meluap dan dia menolak komputernya sehingga jatuh ke lantai dan menghasilkan bunyi yang kuat.

"Su Qianci!"

Su Qianci pergi ke rumah Lu Yihan dan menekan loceng pintunya berkali-kali sehingga hampir merosakkannya. Namun tiada sesiapa membuka pintu. Kemudian, dia mencari di tempat yang berkemungkinan Lu Yihan berada tetapi tidak menjumpainya. Akhirnya dia kembali ke rumah Lu Yihan dan setelah menekan loceng sebanyak dua kali, pintu itu dibuka. Sebaik sahaja ia terbuka, Su Qianci terus terhidu bau arak yang kuat.

Dia tidak menyangka Lu Yihan akan minum sebanyak itu dengan lukanya yang masih teruk. Sebaik melihat Su Qianci, Lu Yihan ketawa kecil. "Qianqian, kamu! Bagaimana kamu boleh ada di sini…" katanya lalu sendawa. Su Qianci memalingkan tubuhnya ke sisi tetapi pada saat itu, Lu Yihan tiba-tiba rebah ke atasnya.

Su Qianci segera menyambutnya daripada terjatuh ke lantai dan mendapati tubuh Lu Yihan teramat panas. Dia terkejut dan berkata, "Kamu nak cuba bunuh dirikah? Cepat, saya bawa kamu ke hospital."

Lu Yihan tidak mahu pergi. Dia bersandar pada bahu Su Qianci dan menarik nafas dalam lalu berkata, "Tak, tak mahu hospital. Tempat itu menyesakkan saya. Ia buat saya rasa saya akan mati di situ."

Su Qianci marah sebaik mendengarnya, "Kamu betul-betul nak matikah? Kamu cedera teruk dan sedang demam. Kamu patut rehat, bukannya minum arak." Su Qianci berharap dia dapat menyedarkan Lu Yihan daripada mabuk. Walau bagaimanapun, dia tidak berdaya untuk membawa Lu Yihan ke hospital kerana lelaki itu berkeras menolak dan terus berpaut pada tombol pintu.

Akhirnya Su Qianci membawa Lu Yihan ke dalam. Dia mencari di setiap sudut rumah itu namun tidak menemui sebarang ubat. Tetapi dia menemui sebotol rubbing alcohol. Dia mencelup sehelai tuala kecil ke dalam botol itu dan membersihkan wajah Lu Yihan dengannya. Wajah Lu Yihan terasa seolah sedang terbakar! Su Qianci berasa sangat bimbang dan mahu menghubungi ambulans. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia mengambil telefon, Lu Yihan tiba-tiba menangkap tangannya. Su Qianci terkejut dan telefonnya jatuh ke atas lantai.

"Qianqian, kenapa kamu tak tunggu saya…" Lu Yihan kelihatan mabuk teruk. Dia merenung Su Qianci di hadapannya dan mengelipkan matanya yang kabur ketika lukanya terasa amat sakit. Namun kesakitan itu tidak setanding dengan rasa sakit dalam hatinya. Dia tersenyum dan berkata, "Kenapa kamu tak tunggu saya? Adakah lelaki itu sangat mengagumkan? Adakah… Li Sicheng sangat hebat?"

Su Qianci cuba menarik tangannya kembali tetapi Lu Yihan dengan mudah menahannya walaupun berada dalam keadaan mabuk. Telefon Su Qianci kembali berdering di tepi kakinya. Dia menunduk ke bawah dan melihat "Abang" terpapar pada skrin telefonnya. Dia mahu mengambil telefon itu tetapi Lu Yihan terus menghalangnya. Su Qianci terpaksa menggunakan kakinya untuk mengambil telefon itu. Sebaik sahaja dia hampir berjaya mencapainya, deringan itu berhenti.

Lu Yihan menangkap kembali tangan Su Qianci seakan tidak mahu melepaskannya dan terus meracau-racau. Matanya tertutup dan seluruh tubuhnya kelihatan kemerahan.

Telefon itu berdering lagi dan Su Qianci segera mengambilnya. Selepas bercakap dengan Li Sicheng, dia terus menelefon ambulans dan memberitahu alamat Lu Yihan. Tangannya masih dipegang Lu Yihan ketika Su Qianci duduk di atas lantai sambil menunggu ambulans. Namun, sebelum ambulans sempat datang, seorang tetamu yang tidak dijangka telah terlebih dahulu tiba.

Li Sicheng muncul dengan wajah yang amat bengis dan membuatkan Su Qianci menggeletar ketakutan.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C273
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄