下載應用程式
24.89% Perceraian Ke-99 / Chapter 228: Dia Telah Bunuh Seseorang

章節 228: Dia Telah Bunuh Seseorang

編輯: EndlessFantasy Translation

Su Qianci ditolak ke bawah dan kulitnya yang cerah itu terus ada kesan calar. Mendengar bunyi tali pinggang ditanggalkan, jantung Su Qianci gementar. Apa yang cuba dia lakukan? Adakah nasib Su Qianci begitu malang? Su Qianci memberanikan dirinya untuk bangun dan bergegas keluar dari lorong tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki mabuk itu lebih cepat bergerak dan menarik Su Qianci sekali lagi.

Lorong tersebut agak kotor, dengan kepingan gelas di seluruh tempat. Su Qianci terjatuh di atas gelas, yang menyebabkan belakang badannya sakit.

Su Qianci dengan pantas mengambil kepingan kaca yang besar dan mengayunkannya ke arah lelaki tersebut, "Pergi sana!"

Pipi lelaki mabuk itu merah, dengan misai yang panjang. Pakaiannya kelihatan lusuh. Melihat kepingan kaca di tangan Su Qianci, dia senyum. "Gadis yang menarik." Suaranya begitu serak sehingga kedengaran seperti dia sudah bertahun-tahun tidak minum air.

Melihat lelaki itu menghampirinya, Su Qianci menggigil dan berkata dengan suara yang tertahan-tahan, "Jangan datang dekat, jika tidak, aku bunuh kau!"

"Setiap perempuan kata begitu, tetapi akhirnya mereka menikmatinya. Jadi gadis yang baik, dan aku akan berlembut dengan kau."

Terkejut, Su Qianci mengayunkan kepingan kaca di tangannya, cuba untuk menakutkan lelaki itu. Walau bagaimanapun, lelaki mabuk itu jelas mempunyai kemahiran. Dengan senyuman lucah, dia melemparkan dirinya kepada Su Qianci, langsung tidak takut. Kepingan kaca yang panjang itu tertusuk ke lengannya dan darah mengalir dengan pantas. Su Qianci menjerit dan dengan pantas melepaskan pegangannya. Walau bagaimanapun, lelaki mabuk itu mengambil kesempatan dan meletakkan mulutnya yang busuk di sebelah Su Qianci.

Su Qianci hampir mahu muntah dan menjerit,"Tolong! Pergi!"

"Qianqian?"

Su Qianci mendengar suara seseorang sedang bertanya, suara yang biasa didengarinya.

"Lu Yihan, Lu Yihan! Tolong!" Su Qianci menangis teresak-esak dan menggunakan semua kekuatan yang dia ada untuk menolak lelaki mabuk itu pergi.

Beg bimbit Su Qianci dan telefonnynya berada di depan lorong tersebut. Lu Yihan dengan pantas masuk ke dalam dan terlihat satu susuk tubuh yang kotor. Berasa marah, Lu Yihan menarik lelaki itu dan menumbuk mukanya. Walau bagaimanapun, lelaki mabuk itu bukanlah seorang yang lemah dan dengan pantas melawan semula. Su Qianci bangun dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. "Qianqian, kamu pergi dahulu!" Lu Yihan menerima tumbukan yang kuat dan jatuh ke lantai.

Sebagai seorang pengaturcara, Lu Yihan sangat bagus dalam teknologi, bukannya berlawan. Dia bukanlah tandingan lelaki mabuk itu. Su Qianci hampir menangis. Dengan cepat dia menjumpai kepingan kaca yang lain, dan menikam lelaki mabuk tersebut.

Walau bagaimanapun, lelaki mabuk itu membeliakkan matanya dan memusingkan Lu Yihan ke arah kaca tersebut…

Su Qianci jelas merasakan kaca tersebut menusuk isi. Dia terpaku, pandangannya kosong.

Lu Yihan memegang sisi perutnya dengan tangannya, darah merah mengalir keluar dari lukanya. Lebih buruk lagi, kepingan gelas itu menusuk dalam ke luka tersebut.

Lelaki mabuk itu melihat tersebut dan dengan pantas menolah Lu Yihan, berlari sepantas mungkin. Sewaktu dia berlari, Su Qianci jatuh pengsan. Ketakutan menguasai dirinya dan dia tidak dapat bergerak walau sedikitpun.

Dia telah bunuh seseorang…


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C228
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄