下載應用程式
15.72% Perceraian Ke-99 / Chapter 144: Lap Air Liur Kamu

章節 144: Lap Air Liur Kamu

編輯: EndlessFantasy Translation

Tidak lama selepas itu, Song Yifan pergi ke Perancis dan menjadi pemain piano bertaraf dunia, manakala Sheng Ximing menjadi peguam terhandal di Kingstown. Pada kehidupannya yang lalu, Su Qianci tidak pernah bertemu Song Yifan. Walaupun dia pernah mendengar Sheng Ximing bercerita tentang lelaki itu, dia tidak tahu apa-apa tentang Song Yifan. Bagaimana mungkin… Adakah ini kesan daripada beberapa tindakannya dalam kehidupan ini? Tetapi apa kaitan Song Yifan dengan dirinya?

Sewaktu Su Qianci masih terpegun, Song Yifan telah tiba di sebelah pengacara majlis. Song Yifan meletakkan tangan di dadanya dan menunduk sambil berkata, "Hai, saya Song Yifan."

"Ahhhhh! Memang betul dia!"

"Saya makan di restoran yang sama dengan Song Yifan… Rasa macam tak percaya."

"Pemilik restoran ini pasti kaya sehingga mampu menjemput Song Yifan."

"Jelas Encik Song hanya datang ke sini untuk makan. Lihat, dia pakai pakaian biasa saja. Tapi… masih sangat kacak!"

Mendengar jeritan daripada gadis-gadis di sekelilingnya, mata Su Qianci turut bersinar-sinar.

"Lap air liur kamu," kata Li Sicheng dengan dingin, dan Su Qianci menyapu dagunya tanpa sedar.

Kering! Wajah Su Qianci sedikit kemerahan dan dia merenung Li Sicheng tajam kerana mempermainkannya.

"Kacak sangatkah?" Lelaki itu tidak memiliki walau separuh kekacakannya. Kenapa perempuan ini beria-ria?

Su Qianci berasa malu dan meneguk minumannya. "Dia idola saya. Mestilah kacak."

Kening Li Sicheng berkerut sedikit. Dia merasakan seperti telah mengahwini seorang yang bodoh. Jadi semua lelaki kacak akan menjadi idolanya?

"Kami berbangga Encik Song Yifan dapat bersama kita pada hari ini. Semua orang akan mendapat diskaun sebanyak 20% hari ini. Tambahan lagi, kami akan jemput seorang pelanggan bertuah untuk bermain piano bersama pemain piano bertaraf dunia kita. Agaknya siapa yang akan bertuah itu ya?"

"Saya! Saya sangat pandai main piano…"

"Semestinya saya. Saya tahu semua lagu ciptaan Song Yifan…"

"Pilih saya!"

Mata Su Qianci terkebil-kebil, dan dia berasa agak kecewa. Terlalu banyak persaingan, jadi kemungkinan besar dia tidak akan terpilih. Su Qianci mengambil makanan dengan penyepit dan menyumbatnya ke dalam mulut.

"Jangan risau. Semua orang ada peluang. Kami akan pilih pelanggan bertuah itu secara rawak. Jika pelanggan yang dipilih tidak tahu bermain piano, kita akan buat pusingan kedua."

Sejurus selepas kata-kata itu, satu cahaya lampu sorot berpusing-pusing di sekeliling restoran. Semua peminat Song Yifan menahan nafas dalam keterujaan. Su Qianci terus makan dan minum tanpa mengendahkan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, cahaya lampu sorot itu tiba-tiba tetumpu kepadanya, dan membuatkan matanya terasa silau.

"Baiklah, cik adik kita ini." Su Qianci terus menjadi tumpuan semua orang di situ.

"Dia duduk di sudut terpencil dan terpilih? Bertuahnya!"

"Aduh. Saya patut duduk di situ tadi…"

"Saya?" Su Qianci menunjuk ke arah dirinya sendiri sambil terpinga-pinga.


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C144
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄