下載應用程式
10.8% Perceraian Ke-99 / Chapter 99: Dia Tidak Pedulikan Saya?

章節 99: Dia Tidak Pedulikan Saya?

編輯: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng selesai bercakap di telefon. Matanya dikecilkan sebaik menyedari riak wajah Su Qianci telah berbeza berbanding sebentar tadi.

"Tuan, Puan, sarapan sudah siap," Nenek Rong memanggil.

Li Sicheng menoleh ke belakang dan berkata, "Saya tak akan ada di rumah semasa makan malam nanti."

Mata Nenek Rong terkebil-kebil mendengar kata-kata itu. Dia segera menyedari Li Sicheng menujukan kata-kata itu kepada Su Qianci. Dia hanya mengangguk. Ini merupakan kali pertama Li Sicheng memberitahu isterinya itu mengenai keberadaannya. Nenek Rong mengesahkan tekaannya apabila melihat wajah Li Sicheng.

Walau bagaimanapun, Su Qianci tidak menyedari apa yang sedang berlaku. Dia berlalu pergi dari laman itu dengan fikirannya dipenuhi dengan apa yang akan berlaku pada malam ini. Tang Mengying ialah setiausaha Li Sicheng. Pada kehidupan lalu, Tang Mengying telah mengatur jadual Li Sicheng agar lelaki itu turut berada di Hotel Royal dan menyerahkan tugas kepada Liu Anan untuk memalukan Su Qianci. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan ini, Liu Anan telah melakukannya dan sudah dihantar ke balai polis. Jadi pada majlis pertemuan kembali ini, rancangan mereka bermungkinan telah berubah. Su Qianci tiba-tiba berasa menyesal kerana menolak tawaran Lin Wanting.

Su Qianci lemas dalam fikirannya itu dan tidak menyedari bahunya terlanggar bahu Li Sicheng sewaktu dia berlalu pergi. Dia tidak sedikit pun menoleh ke arah lelaki itu, lalu membuatkan dahi Li Sicheng berkerut. 'Perempuan ini sudah berani untuk tidak hiraukan saya. Dia tidak sedarkah saya sedang bercakap dengannya, bukannya Nenek Rong? Nenek Rong pun boleh faham.' Tetapi nampaknya perempuan itu langsung tidak peduli mengenainya.

"Su Qianci!" Li Sicheng memanggil dengan geram.

Su Qianci menoleh ke belakang dengan bingung. Li Sicheng semakin tidak berpuas hati sebaik melihat riak wajah kelirunya. Perempuan itu tidak tahukah dia telah membuat kesilapan dengan tidak menghiraukannya?

"Kenapa?"

Li Sicheng merenungnya tajam sebelum berlalu pergi.

Su Qianci bertambah bingung. "Kenapa dengan dia?"

Lelaki pelik.

Di ruang tamu, Su Qianci mengambil telefonnya dan cuba menghubungi Lin Wanting. Walau bagaimanapun, panggilan itu tidak dapat dibuat. Jelas sekali panggilannya telah disekat oleh Lin Wanting.

Su Qianci berasa seperti orang bodoh kerana tidak memikirkan kemungkinan ini sejak awal lagi. Liu Anan dan Tang Mengying pasti sudah mempunyai rancangan baru. Apa yang perlu dia lakukan nanti?

7 PM, Hotel Royal.

Di dewan tarian tingkat atas, cahaya lembut lilin menyinari orang ramai yang berada di situ. Ramai yang telah tiba dan mereka saling berbual dan ketawa. Fu Lengbing sedang berbual-bual dengan beberapa kawannya apabila dia terlihat seorang wanita berpakaian biru, yang membuatkan matanya terbeliak.

Di pintu masuk ke dewan tarian itu, Liu Anan kelihatan menikmati tatapan penuh cemburu di sekelilingnya sambil berjalan masuk dengan penuh elegen.

"Cantiknya!"

"Itu Liu Anan? Dia kelihatan berbeza."

"Ya betul. Saya rasa pakaiannya bernilai hampir jutaan dolar."

"Siapa perempuan di belakangnya yang kelihatan seperti perempuan tua itu?"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C99
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄