下載應用程式
6.44% Perceraian Ke-99 / Chapter 59: Lelaki Ini Ada Masalah

章節 59: Lelaki Ini Ada Masalah

編輯: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja Lin Wanting dibawa keluar, bilik dandanan itu menjadi sunyi. Yu Lili bersandar di sofa dan mengorek telinganya. "Dunia akhirnya tenang semula. Tapi, bukankah kamu berkawan dengan dia? Saya ingat kamu akan membantunya. Nampaknya kamu tidaklah begitu bodoh."

Sudah tentu. Dia sudah diperbodohkan sepanjang kehidupannya yang lepas. Sekiranya dia kalah kepada Lin Wanting lagi, segala pengalamannya akan menjadi sia-sia. Su Qianci tersenyum, dia berasa Yu Lili sangat menarik. Pada kehidupan lalu, dia telah dihasut oleh Tang Mengying untuk percaya bahawa dia tidak sepatutnya menghubungi kawan-kawannya dari "zaman miskin" disebabkan dia telah berkahwin dengan Li Sicheng. Dia langsung tidak pernah meragui Tang Mengying. Hanya sekarang dia sedar betapa banyak keseronokan yang dia telah terlepas.

Su Qianci duduk berhadapan Yu Lili. Belum sempat Su Qianci membuka mulutnya, telefon Yu Lili berdering. Sebaik melihat nama yang muncul di skrin telefonnya, wajah Yu Lili terus menjadi pucat.

"Saya tiada di rumah."

"..."

"Dengan kawan."

"..."

"Kawan perempuan."

"..."

"Baiklah... Ya..."

Yu Lili mematikan talian dan memandang Su Qianci dengan perasaan bersalah. "Saya minta maaf, saya perlu pulang ke rumah."

Walaupun perbualan itu ringkas, tidak sukar untuk meneka siapa orang yang menelefon. Su Qianci mengangguk. "Tidak mengapa. Saya juga mahu pergi. Jom keluar bersama."

Yu Lili mengangguk dan keluar dari hotel itu bersama Su Qianci. Su Qianci ternampak sebuah kereta Rolls-Royce di tepi jalan dengan tingkapnya terbuka. Pemandunya melambai ke arah Yu Lili.

Yu Lili terkejut dan kelihatan malu apabila menyedari pandangan Su Qianci yang kelihatan seperti memahami sesuatu. Lelaki itu memaksanya untuk cepat. Yu Lili berasa seperti seorang tahanan yang hanya dibenarkan berjalan-jalan sekali-sekala. Yu Lili melemparkan senyuman yang janggal kepada Su Qianci sebelum berjalan ke arah Rolls-Royce itu dan masuk ke dalamnya. Su Qianci berasa seperti pernah melihat susuk tubuh dengan pandangan sombong yang sedang bersandar pada kerusi kereta itu. Matanya melirik ke arah Su Qianci dengan raut wajah biadap dan kelihatan berniat untuk mengetahui siapa Su Qianci.

Sebaik ternampak wajah lelaki itu, Su Qianci segera mengenalinya. Dia adalah Ou Ming! Apabila Yu Lili sudah masuk ke dalam kereta, Su Qianci mendengar hon dari kereta lain. Dia menoleh ke belakang dan melihat kereta Maybach berada di situ. Tingkapnya diturunkan lalu mendedahkan satu wajah berdagu runcing yang sedang mengerutkan kening. Lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati.

"Masuk ke dalam kereta."

Separuh sedar, Su Qianci membuka pintu kereta tempat duduk hadapan. Tiba-tiba dia memutuskan untuk pergi ke belakang. Pada kehidupan lalu, dia pernah duduk di hadapan dan kemudiannya dihalau oleh Li Sicheng. Dia tidak mahu menghadapi perkara itu lagi.

Walau bagaimanapun, sebelum dia sempat membuka pintu belakang, wajah Li Sicheng menjadi dingin dan dia berkata, "Kau nak pergi mana? Datang depan."

Su Qianci berasa tidak puas hati. Apa masalah dia?

Lelaki itu membuat seperti Su Qianci yang bersalah. Dia bukan sahaja tidak menentu, tetapi juga menjengkelkan! Su Qianci menghempas pintu dan duduk di kerusi sebelah pemandu. Li Sicheng terus menghidupkan enjin kereta sebelum bertanya dengan nada suara yang rendah, "Kau kenal isteri Ou Ming?"


Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C59
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄